24 Oktober 2011

Biskut Mazola

Hari ahad merupakan masa khusus untuk anak aku selepas aku habis kelas piano pukul 12.30 tgahari.. Dah kerja kerajaan ni, memang masa untuk anak memang kurang la, balik petang aku ada keals mengaji lak, nasib baik la ada semangat lagi nak pergi mengaji..

Minggu ni, aku dan fitrah belajar buat biskut mazola, alhamdulillah boleh makan (nak kata sedap nati puji diri sendiri la he he he), resepi tu aku search dalam internet je, tapi aku ubah suai sendiri la ikut selera aku sendiri
ini resepi yang aku buat tu,


  • 1 cawan rata gula icing(130g) / jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • *semua bahan di atas diayak bersama.
  • 1 cawan mumbung kacang tanah kisar.(disangrai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)(200 g) 
  • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya (1 1/4 cawan)
  • lebihan kacang tanah sangrai td & kuning telur utk sapu.

Cara-cara

  1. campur rata kacang tanah kisar bersama bahan2 yg diayak td.
  2. uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan bleh diterap.
  3. gelek doh dan buat bulat2 dan letakkan kacang separuh atas biskut tersebut.
  4. sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg tlah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven
  5. Aku masak selama 10 minit je,semua bergantung kepada oven.
Aku ambik resepi ni kat SINI, nati leh wak rujukan,




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...