Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah
- Membersihkan kulit dengan.
- Mandi 1 ke 2 sehari, lebih lagi sekiranya amda berpeluh dengan banyak
- Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
- Pengunaaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
- Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
- Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
2. Gunakan pelembap selepas mandi
- Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Minyak bayi(baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
- Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap
3. Gunakan toner
- Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata
- Ia boleh mengurangkan keradang pada kulit mata yang nipis dan sensitif
5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
- Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
- Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hungga 3 jam selepas berenang.
6. Bersenam
- Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
8. Amalkan memakan makanan
- Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
- Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
9. Tidak Merokok
- Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
- Boleh menyebabkan kanser
0 comments:
Catat Ulasan