Cendawan juga diiktiraf sebagai tumbuhan herba yang berguna pada manusia. Ini kerana, menurut kajian cendawan dapat mengurangkan kandungan gula dan menambahkan insulin dalam badan, ia juga dapat membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan daripada serangan barah
so oleh itu mari kita jamu mata kita dengan gambar2 cendawan ni..
RESEPI CENDAWAN GORENG
Sambil2 rehat sebelah petang sedap jgkkan dapat makan cendawan goreng (resepi dan foto aku ambik la lama web ni) SILA KLIK
Bahan-bahannya:
200 gm cendawan tiram basuh dan bersihkan-carik dua jika saiznya besar agar senang menggoreng
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam
1 Mahkamah Bijan teknikal
sedikit air
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul rata. adunan agak
pekat agar tepung melekat elok pada cendawan.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan cendawan ke dalam tepung dan goreng hingga perang. Buat hingga habis. Toskan cendawan goreng di atas tisu dapur sebelum dihidang bersama sos pencicah.
Pencicah sendiri:
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu besar air masak
*** Kacau sebati dan sedia dinikmati





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI