04 April 2012

Fitrah & muzik

Fitrah dan muzik boleh dikatakan sinonim coz hampir setiap minggu dia akan pergi hantar azyy pergi kelas piano.. kalau dah hantar tu dia  memang selalu la sentuh alat2 muzik yang ada kat kelas tu. Tapi Azyy harap dia bukan berkehendakkan muzik sahaja tapi fitrah juga berkehendakkan untuk mengaji Al-Quran, Insyaallah..
Long Ni cakap kalau kanak-kanak boleh mula hantar mengaji bila dia dah kenal huruf.


Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Hobi : Kacau ummi bila ummi tgh berlatih main piano he he he
Umur : 2 tahun 8 bulan

29 Mac 2012

TERUNG PANGGANG

U all suka tak makan sayur??? Azyy memang suka sangat2 makan sayur. Tak kira la sayur jenis apa pun azyy akan try makan. Kalau tak buat sayur manis, sayur goreng, azyy suka buat cucur sayur (biasanya azyy guna brokoli, terung, bayam dan sebagainya).Kalau azyy buat cucur azyy makan dengan sos cili + mayonis.
Kali azyy nak kongsi resepi TERUNG PANGGANG. Ala masak hari kerja ni buat simple2 je yang penting sedap.

Bahan:

  • Terung (potong serong)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Pati bilis
Cara buat:
  1. Semua bahan digaul sebati dan perap sekejap
  2. Panaskan kuali (tanpa minyak), kemudian letakkan hirisan terus tersebut dalam kuali 
  3. Apabila sudah masak boleh dihidangkan bersama nasi panas..
Ps: kalau u all ada kertas aluminium, boleh balut kemudian panaskan dalam ketuhar.
Azyy lebih suka masak dalam kuali kerana ia akan buat terung itu sedikit hangit dan membuatkan kita lagi berselera untuk menjamu selera.


28 Mac 2012

Warung Makan Ayam Penyet Perlis

Tahun ni azyy sambut birthday di Warung Makan "Ayam Penyet. Azyy tahu sal Warung ni bila tgk kat FB anak perlis. Kali ni sambut birthday bukan dengan b coz kali ni b masuk hutan 2 minggu. Azyy bertemankan Fitrah dan "Mak Fitrah". Pukul 7 ptg terus p kat sana coz hari tu azyy puasa.
Hari tu azyy order makanan yang simple2 je coz lepas berbuka azyy nak keluar makan dengan mokna n family nak sambut birthday kat KFC..Malam tu Azyy tul2 kenyang.. Adui 2 kali makan. .
Azyy order udang penyet, roti kacang dan roti susu, sirap laici dan bandung special. Udang penyet dia memang murah (RM 6.50 satu hidang banyak dan besar), Selain yang azyy order masih ada lagi juadah lain yang istimewa lain termasuk la AYAM PENYET, LOTONG, NASI LEMAK dll.

Kat sini azyy sediakan peta ringkas dan gambar kedai tersebut agar senang u all nak pergi sana, SELAMAT MENJAMU SELERA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...