13 Mac 2012

Cucur Ikan Bilis (jemput2 ikan bilis)

Kalau dengar masakan yang ringkas dan mudah tapi sedap, memang azyy orang pertama akan cuba buat.

Sekarang ni azyy nak kongsi cucur ikan bilis yang paliang senang nak buat. tak payah nak jemput2 tapi terus goreng kemudian hiris. rasanya tetap rasa. Dengan cara ni azyy memang dapat jimatkan masa tapi masih boleh menyediakan makanan buat keluarga tersayang. Sebenarnya azyy faham, rasa wanita kat luar sana juga mengalami masalah sama dengan azyy, iaitu kekangan masa. Oleh itu kaedah azyy bagi ini dapat membantu wanita sana menyediakan minum petang

Bahan2:

Tepung gandum
Ikan bilis
garam dan gula
bawang besar (hiris)
Lada besar (hiris)
Tauge
Air

Cara 
  1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati
  2. Kemudian panaskan kuali dan sedikit minyak, 
  3. Bubuh dalam kuali dan ratakan (buat seperti masak lempeng)
  4. Apabila dah masak, terus hiris
  5. Boleh dihidangkan bersama sos dan kuah kacang.. 
Resepi ni memang cukup mudah dan semasa mengoreng cucur ni, azyy masih boleh melakukan kerja2 sampingan. Bagi azyy masa didapur perkara yang paling penting adalah macam mana kita merancang aktiviti kita disana kerana bila kita merancang sebaik mungkin, didapur akan menjadi satu tempat kita melepaskan tekanan dan sebagainya..

sebelum hiris

dah boleh dihidangakan



12 Mac 2012

Melambatkan bawang tumbuh

Elakkan bawang tersebut terdedah dengan cahaya matahari, ini kerana cahaya matahari akan meningkat pertumbuhan pokok. Dengan itu bawang akan lambat tumbuh

KERABU SELOM (KERABU MUDAH)

Bahan A

  • Seikat daun selom (hiris halus)
  • Sebatang bunga kantan ( hiris halus)
  • Sebatang serai (hiris halus)
  • Bawang Besar (hiris halus)
Bahan b
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu udang kering
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1 biji cili kecil
Cara buat
  1. Bahan ditumbuk
  2. Kemudian gaul dengan bahan A dan tambah gula dan garam. 
  3. Hidangkan bersama nasi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...