Hari ini hati azi tersentuh kerana hari ini azi berjumpa orang yang berusaha walaupun dalam keadaan kekurangan. Bukan itu sahaja, dia juga banyak bersedekah..
22 Disember 2020
Jangan putus asa
Posted by azie at 2:34 PTG 0 comments
13 Mei 2020
RESEPI BAJET DAN SEDAP SEMASA TRAVEL (MELANCONG)
Apabila melancong, salah satu yang amat penting kita ambil berat adalah soal makanan kerana kita harus titik beratkan tentang halal, murah dan sedap.
Hari ini azyy nak kongsi satu rempah yang boleh dibawa semasa travel kerana dia mudah digunakan dan tidak memerlukan banyak barang. Rempah tersebut adalah REMPAH SEGERA KARI AYAM MAKNYONYA.
Rempah ni telah sudah lengkap dan hanya perlukan masukkan :-
- lauk, (boleh pilih seafood,telur or ayam)
- santan
- air sahaja.
- Ubi kentang (pilihan)
Garam, gula, bawang, minyak tidak perlu dimasukkam semasa menggunakanya.
Untuk menyediakan masakan ini cukup mudah dan cepat.
![]() |
| Kari ayam travel |
Cara masak boleh tengok disini (KLIK SINI )
#resepitravel
#resepibajet
#resepisedap
#resepimudah
#resepisenang
#resepicepat
Posted by azie at 2:14 PG 0 comments
02 Oktober 2019
Deodorant
Bila kulit kita sensitif, kita tak boleh letakkan sebarang bahan kimia atas kulit walaupun pada hakikatnya niat kita agar memberi selesaan pada kita dan orang disekitar kita. Salah satu benda yang penting adalah deodorant kerana ia untuk mengelakkan dari badan kita berbau dan ianya akan memberi tidak selesa pada kita dan orang lain.
Azyy dah cuba pelbagai produk tetapi kulit azyy sensitif, malah jika azyy pakai, badan azyy akan gatal dan ianya boleh menyebabkan ketiak azyy luka.
Akhirnya, azyy ke farmasi untuk mendapatkan produk yang sesuai.
Akhirnya, jurujual memberi cadangan agar azyy guna ODOR-X.
Alhamdulillah selepas menggunakan odor -x, bau badan sudah tiada dan kulit azyy sudah tidak sensitif. Azyy still teruskan pakai deodorant ini.
Deodorant ini tidak mempunyai pewangi dan ianya bersifat seperti air.
Harga deoadorant ni rm 15.00.
#ketiakberbau
Posted by azie at 8:36 PTG 0 comments
19 Julai 2019
PAIS TEMPOYAK
- Tempoyak 5 sudu
- Cabai kecil 20 tangkai
- Kunyit hidup 1 inci
- Garam/gula(1 1/2 sudu) /perasa
- Serai 3 batang (hiris nipis)
- Daun kunyit 3 helai potong kasar
- 2 batang bunga kantan (hiris kasar)
- Cabai dan kunyit tumbuk halus dan buh garam, gula, perasa.
- Kemudian tumbuk lagi dengan tempoyak dan gaul dengan serai
- Lapikkan daun pisang, kemudian bubuh bahan yang ditumbuk, bunga kantan dan daun kunyit dan balut
- Bakar ikan selama 40 minit dan siap dihidang
Posted by azie at 11:20 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
15 Julai 2019
Ayam perap paling simple
Bahan bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos lada hitam
- 1 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1/ 2 sudu serbuk kunyit
- 1/2 sudu garam
- 1/2 sudu lada putih
- Perasa
Posted by azie at 12:05 PG 1 comments
Labels: iii - resepi
27 Disember 2017
Cendol pulut durian di Perlis
![]() |
| Nyum nyum |
Posted by azie at 4:43 PTG 0 comments
Labels: i - Pengumuman
23 Mei 2017
Uwais masuk hospital 16 may 2017
Hari ini uwais telah dibenarkan balik, doktor cakap uwais kena datang balik untuk periksa lanjutan 2 minggu lagi. Berdasarkan laporan darah semalam, hb uwais hanya 6.4 (naik 0.1sahaja dari mula2 kena tahan wad) dan jangkitan kuman di paru-paru dia masih ada.
Doktor cakap, untuk pulihkan hb dia perlu ambil masa 5-6 bulan. Dia ckp zat besi sgt berkurangan. Dan selama ini dia makan stok zat beli yang ada dihati. Makna uwais perlu gantikan balik zat beli tersebut. Lepas ni azyy perlu jaga betul2 pemakanan uwais dan jgn buat sambil lewa. π’π’π’π’
Posted by azie at 1:25 PTG 0 comments
19 Mei 2017
Uwais masuk hospital 16 may 2017 siri 2
Kemasukka uwais dalam hospital ini memberi banyak pengajaran kepada azyy. Pertama kita perlu ambil berat tentang kesihatan anak dan rekod kesihatan (tarikh, jenis ubat dan apa masalah ya g dihadapi). Kalau dulu, jika anak sakit, kita pergi hospital dan bila anak sihat, kita tk ambil tahu dah masalah tersebut kerana anak sudah sembuh. Kali ini, apabila uwais dilahirkan tak cukup bulan (baby pramatang), setiap kali uwais dimasukkan dalam hospital maka rekod yang lama doktor akan tanya. Ini sedikit sebanyak mematangkan azyy.
Hari ini, 19 may 2017, uwais kembali sihat dan uwais masih kena tahan lagi kerana dia on antibiotik dan vitamin. Kali ini dia hadapi 2 masalah iaitu hb rendah 6.3 dan jangkitan kuman pada paru2. Walaupun pada asalnya azyy datang ke hospital ini kerana batuk yang teruk dan cirit birit.
Oleh kerana hb, doktor bagi vitamin kepada uwais. Doktor cakap hb ini sangat penting kerana ia memainkan peranan untuk bawa oksigen ke otak dan ia sgt penting untuk perkembangan otak bayi. Tadi doktor pemakanan datang ke wad dan memberi penerangan dan panduan kat azyy tentang menaikkan balik hb uwais. Pakar pemakanan ini juga memberi jadual yang sepatutnya bayi setahun makan iaitu 6 kali sehari.
Dalam kes azyy ni, pegawai farmasi juga terlibat, pengambilan ubat dari 29 hari usia uwais sehingga hari ini dia tanya dam semua itu sangat detail.
Posted by azie at 11:22 PTG 0 comments
17 Mei 2017
Hadiah hari guru
16 may adalah sambutan hari guru, tahun ni akak fitrah darjah 2. Fitrah akan minta untuk bagi hadiah pada guru2 dia. Dan paling azyy tidak lupa adalah cikgu shafinaz (cikgu pra) dan kak yanti kerana mereka adalah cikgu pertama fitrah. Bila menjelang tarikh ni, kebanyakkam ibu bapa akan sibuk mencari hadiah yang terbaik untuk ank2 mereka. Konsep azyy senang je, cari sesuatu yang berguna dan tidak membazir. Jom layan hadiah apa yang azyy beli untuk kakak fitrah
Posted by azie at 12:53 PG 0 comments
Uwais masuk wad 16 may 2017 siri 1
Hari ini uwais batuk tak berhenti, dari pagi hingga tengahari. Dengan topup takder, line telefon pun kena blok. Hanya bergantung pada panggilan dengan suami. Tengahari suami telefon sepupuku agar jemput ambil aku dan uwais dan bawa ke hospital. Sampai dihospital, uwais ditahan diwad. Aku catit untuk rujukkan aku nati.
➡2.30 pm pam gas di kecemasan
➡ 2.40 pm exrayy
➡3.10 pm pam gas sekali g di kecemasan
➡ 4.55 pm masuk wad , berat uwais turun dari 7.65 ke 7.24 kg. kena buh air. Jarum letak dikaki
➡ 11 mlm nurse buh antibiotik dan ubat, semua buh melalui jarum dikaki
Ps : doktor pesan kena jaga makanan coz hb uwais rendah πππ
Posted by azie at 12:42 PG 0 comments
30 Mac 2017
Jenaka Suami Isteri
Posted by azie at 9:28 PG 0 comments
12 Februari 2017
BUDAK BERUBAN
Uwais furqan dah berusia 10 bulan lebih baru kami cukurkan rambut dia, bila dah cukir rambut dia baru perasan yang rambut dia ada 1 yang beruban. Ingatkan azyy seorang je perasan tetapi suami azyy juga perasan.
Posted by azie at 11:13 PG 0 comments
06 Februari 2017
Uwais furqan
Sekarang ni uwais furqan dah berusia 10 bulan lebih. Uwais sangat manja. Sekarang ni dah pandai kenal orang. Bila jumpa kakak fitrah gelak n senyum sampai ke telinga hihinihiππ.
Semasa berusia 9 bulan uwais dah boleh duduk dengan bantuan kami. Dan pada usia 10 bulan uwais dah tumbuh gigi. Sekarang dah ada 4 batang gg yang tumbuh. Alhamdulillah semoga kakak dan adik menjadi anak yang solehah dan solehah serta berjaya didunia dan akhirat.
![]() |
| Gambar di banjaran titiwangsa semasa balik kelantan |
Posted by azie at 12:18 PTG 0 comments
16 November 2016
Resepi bubur bayi berusia 8 bulan.
Bahan-bahan
Isi ayam
Segenggam nasi
Brokoli
Keledek
Cara buat
- Rebuskan isi aym, apabila mendidih masukkan beras, apabila nasi telah pecah masukkan brokoli n keledek dan rebus hingga air hampir kering kemudian kisar..
Posted by azie at 3:32 PTG 0 comments
BUAI BABY SEMASA KECEMASAN
Anak adalah anugerah yang amat bernilai kepada kita. Anak juga akan mematangkan diri kita. Apabila kita mempunyai anak kecil, kita akan cuba bagi yang terbaik. Makan cukup, tidur cukup, kelengkapan yang cukup.
Posted by azie at 3:25 PTG 0 comments
06 November 2016
NASI LEMAK BILIS TELUR
Nasi lemak bilis telur ni adalah nasi lemak kegemaran kakak fitrah. Kalau kuar makanan nasi lemak, memang itu je dia ambil walaupun ada macam-macam lauk lain yang ada kat kedai tu seperti nasi lemak sotong kering, nasi lemak ikan kering, nasi lemak gulai ikan, nasi lemak dagung dan nasi lemak ayam
Posted by azie at 9:23 PTG 0 comments
24 Oktober 2016
Uwais masuk wad
Minggu ni uwais tidak berapa sihat. Uwais selsema, batuk, badan sedikit panas dan bernafas laju. Semasa hari sabtu, aku perasan dia kurang aktif dan suka merengek. Dan hari itu aku dan famili ke USM penang untuk ambil jubah konvoskyen pada 27.10.2016.
》selasa, start 3.30 pagi hidung uwais tersumbat, 6.30 pgi aku maklum pada doktor, lepas itu nurse sedut kahak. Pam still berjalan setiap 4 jam, titik ubat dlm hidung setiap 8 jam. Mlm ni nurse ckp pernafasan uwais dah ok. Harap2 esok makin ok. 1
》rabu, alatan bantuan oksigen dh dibuang, Ubat yang pam dimulut dah lanjutkan jam setiap 6 jam. Hari doktor dah bagi uwais balik. Ummi nk p konvo kat usm esok. Ummi harap uwais cepat sembuh.
Posted by azie at 8:11 PTG 0 comments
01 Oktober 2016
RESEPI BUBUR NASI BAYI UMUR 6 BULAN
- Satu genggam beras (kisar)
- 1 biji ubi kentang (potong dadu)
- 2 sudu kecil ikan bilis (telah digoreng dan telah dikisar halus)
- Brokoli
- 500 ml air
- Rebus beras beras, ubi kentang, brokoli
- Apabila hampir masak, masukkan ikan bilis dan gaul sebati
- Kemudian tapiskan bubur yang telah masak (boleh jugak dikisar)
![]() |
| Azyy guna penapis santan |
![]() |
| Proses bubur dan lenyek |
![]() |
| Yang ni azyy sejuk bekukan bubur nasi uwais, yang kat atas tu yang kasar dan kat bawah tu siap ditapis |
Bubur nasi azyy suka buat setiap hari dan azyy simpan yang sejuk beku untuk makan malam dan azyy akan guna apabila keadaan yang terdesak dimana jika azyy terlewat bangun dari kebiasaan azyy masih ada bekal uwais untuk dibawa tempat jagaan.
Posted by azie at 11:32 PTG 0 comments
28 September 2016
RABAK CAFE
Bulan ni, destinasi makan azyy ialah Rabak Cafe. Sebenarnya azyy dah plan lama dah nak pergi makam kat sini setelah azyy terlihat dalam IG sepupu azyy pergi makan kat sana. Dalam mencari restoran pilihan kami, kelainan adalah faktor utama yang akan azyy pilih. Pilihan utama azyy pergi sini kerana ingin mencuba aiskrim. Jom layan gambar yang azyy snap.
![]() |
| Aiskrim dal |
![]() |
| Nasi ayam pilihan kami sekeluarga |
![]() |
| Burger hotdog pilihan hb |
![]() |
| Tempat istemewa untuk sambut birthday |
![]() |
| Kami keluarga yang ceria |
Restoran ni menyediakan suasana yang selesa, terdapat pelbagai pilihan. Disini terdapat persembahan live daripada pemuzik. Mengikut rangking azyy bagi restoran 9/10.
Posted by azie at 10:14 PG 0 comments
26 September 2016
Jalan jalan di hatyai
Salam petang semua,hari ni azyy nk ceritakan pengalamaan azyy pergi hatya dengan kereta sendiri. Alhamdulillah walaupun 1 hari, ia cukup bermakna buat azyy. Rancangan asal adalh azyy nak pergi krokngek sahaja tapi kami telah lajak ke hatyaiπππ. Kepada orang yang hantu bundle, disitulah tempatnya.
Posted by azie at 4:55 PTG 0 comments












































