23 Mei 2017

Uwais masuk hospital 16 may 2017

Hari ini uwais telah dibenarkan  balik, doktor cakap uwais kena datang balik untuk periksa lanjutan 2 minggu lagi. Berdasarkan laporan darah semalam, hb uwais hanya 6.4 (naik 0.1sahaja dari mula2 kena tahan wad) dan jangkitan kuman di paru-paru dia masih ada.

Doktor cakap, untuk pulihkan hb dia perlu ambil masa 5-6 bulan. Dia ckp zat besi sgt berkurangan. Dan selama ini dia makan stok zat beli yang ada dihati. Makna uwais perlu gantikan balik zat beli tersebut. Lepas ni azyy perlu jaga betul2 pemakanan uwais dan jgn buat sambil lewa.  ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢



19 Mei 2017

Uwais masuk hospital 16 may 2017 siri 2

Kemasukka  uwais dalam hospital ini memberi banyak pengajaran kepada azyy. Pertama kita perlu ambil berat tentang kesihatan anak dan rekod kesihatan (tarikh, jenis ubat dan apa masalah ya g dihadapi). Kalau dulu, jika anak sakit, kita pergi hospital dan bila anak sihat, kita tk ambil tahu dah masalah tersebut kerana anak sudah sembuh. Kali ini, apabila uwais dilahirkan tak cukup bulan (baby pramatang), setiap kali uwais dimasukkan dalam hospital maka rekod yang lama doktor akan tanya. Ini sedikit sebanyak mematangkan azyy.

Hari ini, 19 may 2017, uwais kembali sihat dan uwais masih kena tahan lagi kerana dia on antibiotik dan vitamin. Kali ini dia hadapi 2 masalah iaitu hb rendah 6.3 dan jangkitan kuman pada paru2. Walaupun pada asalnya azyy datang ke hospital ini kerana batuk yang teruk dan cirit birit.

Oleh kerana hb, doktor bagi vitamin kepada uwais. Doktor cakap hb ini sangat penting kerana ia memainkan peranan untuk bawa oksigen ke otak dan ia sgt penting untuk perkembangan otak bayi. Tadi doktor pemakanan datang ke wad dan memberi penerangan dan panduan kat azyy tentang menaikkan balik hb uwais. Pakar pemakanan ini juga memberi jadual yang sepatutnya bayi setahun makan iaitu 6 kali sehari.

Dalam kes azyy ni, pegawai farmasi juga terlibat, pengambilan ubat dari 29 hari usia uwais sehingga hari ini dia tanya dam semua itu sangat detail.


17 Mei 2017

Hadiah hari guru

16 may adalah sambutan hari guru, tahun ni akak fitrah darjah 2. Fitrah akan minta untuk bagi hadiah pada guru2 dia. Dan paling azyy tidak lupa adalah cikgu shafinaz (cikgu pra) dan kak yanti kerana mereka adalah cikgu pertama fitrah. Bila menjelang tarikh ni, kebanyakkam ibu bapa akan sibuk mencari hadiah yang terbaik untuk ank2 mereka. Konsep azyy senang je, cari sesuatu yang berguna dan tidak membazir. Jom layan hadiah apa yang azyy beli untuk kakak fitrah 












#hadiahhariguru
#nayjp5414
#buatdengankasihsayang 
💚💚💚💚💚


Uwais masuk wad 16 may 2017 siri 1

Hari ini uwais batuk tak berhenti, dari pagi hingga tengahari.  Dengan topup takder, line telefon pun kena blok. Hanya bergantung pada panggilan dengan suami. Tengahari suami telefon sepupuku agar jemput ambil aku dan uwais dan bawa ke hospital. Sampai dihospital, uwais ditahan diwad. Aku catit untuk rujukkan aku nati.
 ➡2.30 pm pam gas di kecemasan
➡ 2.40 pm exrayy
➡3.10 pm pam gas sekali g di kecemasan
➡ 4.55 pm masuk wad , berat uwais turun dari 7.65 ke 7.24 kg. kena buh air. Jarum letak dikaki
➡ 11 mlm nurse buh antibiotik dan ubat, semua buh melalui jarum dikaki
Ps : doktor pesan kena jaga makanan coz hb uwais rendah 😭😭😭


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...