16 November 2016

Resepi bubur bayi berusia 8 bulan.

Bahan-bahan
Isi ayam
Segenggam nasi
Brokoli
Keledek


Cara buat

  1. Rebuskan isi aym, apabila mendidih masukkan beras, apabila nasi telah pecah masukkan brokoli n keledek dan rebus hingga air hampir kering kemudian kisar.. 


BUAI BABY SEMASA KECEMASAN

Anak adalah anugerah yang amat bernilai kepada kita. Anak juga akan mematangkan diri kita. Apabila kita mempunyai anak kecil, kita akan cuba bagi yang terbaik. Makan cukup, tidur cukup, kelengkapan yang cukup.



06 November 2016

NASI LEMAK BILIS TELUR

Nasi lemak bilis telur ni adalah nasi lemak kegemaran kakak fitrah.  Kalau kuar makanan nasi lemak, memang itu je dia ambil walaupun ada macam-macam lauk lain yang ada kat kedai tu seperti nasi lemak sotong kering, nasi lemak ikan kering, nasi lemak gulai ikan, nasi lemak dagung dan nasi lemak ayam




24 Oktober 2016

Uwais masuk wad

Minggu ni uwais tidak berapa sihat. Uwais selsema, batuk, badan sedikit panas dan bernafas laju. Semasa hari sabtu, aku perasan dia kurang aktif dan suka merengek. Dan hari itu aku dan famili ke USM penang untuk ambil jubah konvoskyen pada 27.10.2016.

Selepas tu aku ke quenbay mall untuk bawa kakak berjalan2. Selepas tu aku pulang dan sambut birthday paksu. Hari sabtu tersebut adalah birtday adik lelaki aku. Selepas itu aku bawa uwais ke bahagian kecemasan. So aki nk ringkas je pengalaman ni
》sabtu malam p kecemasan n dr bagi pam hidung n balk umah
》ahad magrib p kecemasan n pam hidung 3 kali, p x-ray, masuk wad
》Isnin pam hidup setiap 4 jam, sedup kahak 2 kali belah pagi dan doktor pasang wayar kat hidung untuk bantuan penafasan, titik ubat dalam hidung setiap 8 jam sekali.
》selasa, start 3.30 pagi hidung uwais tersumbat, 6.30 pgi aku maklum pada doktor, lepas itu nurse sedut kahak. Pam still berjalan setiap 4 jam, titik ubat dlm hidung setiap 8 jam. Mlm ni nurse ckp pernafasan uwais dah ok. Harap2 esok makin ok. 1
》rabu, alatan bantuan oksigen dh dibuang, Ubat yang pam dimulut dah lanjutkan jam setiap 6 jam. Hari doktor dah bagi uwais balik. Ummi nk p konvo kat usm esok. Ummi harap uwais cepat sembuh.





01 Oktober 2016

RESEPI BUBUR NASI BAYI UMUR 6 BULAN





Encik bam bam azyy ni dah masuk 6 bulan. Semasa hampir 6 bulan doktor pakar kanak2 telah berpesan pada kami, bagi uwais makan apabila dah masuk umur 181 hari. Sebelum tu azyy dah banyak kali tanya nurse tentang waktu yang sesuai untuk diberikan makan kepada bayi, mereka juga bertegas supaya azyy beri makan masa uwais berumur 6 bulan. Alhamdulillah, satu langkah telah selesai. Azyy selalu juga berbincang dengan kawan pejabat tentang menu yang sesuai dengan bayi dan semasa berbincang tu la yang banyak tip yang azyy dapat. Menu pertama azyy pada uwais ialah bubur nasi tambah lobak merah tetapi uwais tidak suka. Jadi hari kedua azyy telah ubah suai dengan menambahkan ikan bilis dan baru la uwais berselera makan. Dan satu resepi bubur ni azyy akan ubah setiap 4-7 hari sekali.  Dan resepi kedua adalah seperti berikut:-

Bubur nasi bayi
  • Satu genggam beras (kisar)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 sudu kecil ikan bilis (telah digoreng dan telah dikisar halus)
  • Brokoli
  • 500 ml air

Cara membuat
  1. Rebus beras beras, ubi kentang, brokoli 
  2. Apabila hampir masak, masukkan ikan bilis dan gaul sebati
  3. Kemudian tapiskan bubur yang telah masak (boleh jugak dikisar)

Azyy guna penapis santan

Proses bubur dan lenyek



Yang ni azyy sejuk bekukan bubur nasi uwais, yang kat atas tu yang kasar dan kat bawah tu siap ditapis

Bubur nasi azyy suka buat setiap hari dan azyy simpan yang sejuk beku untuk makan malam dan azyy akan guna apabila keadaan yang terdesak dimana jika azyy terlewat bangun dari kebiasaan azyy masih ada bekal uwais untuk dibawa tempat jagaan.


28 September 2016

RABAK CAFE

Bulan ni, destinasi makan azyy ialah Rabak Cafe. Sebenarnya azyy dah plan lama dah nak pergi makam kat sini setelah azyy terlihat dalam IG sepupu azyy pergi makan kat sana. Dalam mencari restoran pilihan kami, kelainan adalah faktor utama yang akan azyy pilih. Pilihan utama azyy pergi sini kerana ingin mencuba aiskrim. Jom layan gambar yang azyy snap.

Aiskrim dal

Nasi ayam pilihan kami sekeluarga

Burger hotdog pilihan hb

Tempat istemewa untuk sambut birthday

Kami keluarga yang ceria

Restoran ni menyediakan suasana yang selesa, terdapat pelbagai pilihan. Disini terdapat persembahan live daripada pemuzik. Mengikut rangking azyy bagi restoran 9/10. 
#azyytidakcerewet tentang makanan..

26 September 2016

Jalan jalan di hatyai

Salam petang semua,hari ni azyy nk ceritakan pengalamaan azyy pergi hatya dengan kereta sendiri. Alhamdulillah walaupun 1 hari, ia cukup bermakna buat azyy. Rancangan asal adalh azyy nak pergi krokngek sahaja tapi kami telah lajak ke hatyai😊😊😊. Kepada orang yang hantu bundle, disitulah tempatnya.

Daripada sempadan padang besar, jaraknya hanya 50km. Dan daripada sempadan ke kroknget pula jaraknya hanya 25km. 
Sebelum azyy ke sana, first azyy ambil insuran thai untuk kereta untuk setahun. Kalau nak pergi pasar tani tu hanya ada pada hari sabtu. Selepas tengah hari kami bertolak ke hatyai. 
Di hatyai kami hanya ke central festival sahaja. Ia macam aman central (kedah).  Kat sana azyy just pergi jalam2 dan pergi makan. Nak makam kat sana kit perlu guna kad yang boleh di hadapan lobi makanan tersebut. Mulanya kekok juga tetapi setelah banyak kali azyy try beli kat sana akhirnya kami leh beli macam2 makanan. Itupun setelah orang yang jual kat sana boleh berbahasa patani (kelantan). 


Semas perjalanan pulang dari sana kmi singgah di walking street floating market. Kalau tengok kawasan kat sana rasanya kawasan baru dibuka. Bolehlah azyy mencuci mata. 


Alhamdulillah, jika ada kelapangan saya akan pergi lagi. 😊

30 Ogos 2016

Penamam Pokok Pudina

Alhamdulillah, kat rumah azyy dah tanam pokok pudina. Terima kasih kepada ahli group facebook kebun bandar  yang banyak bagi tip dan petua. Banyak petua dan tip tersebut membuatkan azyy bersemangat untuk berkebun. disini azyy nak share petua kalau nak tanam pokok pudina.. Jom scroll kat bawah 



sebelum tanam, gulungkan hujung batang menjadi seperti diatas

Pokok pudina yang sharekan oleh ahli kumpulan
Macam mana nak dapatkan benih pokok pudina????
Azyy hanya beli pokok di pasar malam dalam azyy semai dalam pasu. 

Pokok pudina ini sebaiknya tanam di kawasan yang teduh.

18 Ogos 2016

Penanam Bendi

Penaman bendi dengan cara yang mudah dan berkesan. Sila ikut langkah bergambar dibawah 



1) Rendam Biji benih selama 1 malam




2) Bijih benih dibungkus 24 jam dengan kain tuala lembap



3) Kemudian Pokok disemai dalam pasu




4) Pokok dalam usia 17 hari




5) Pokok Bendi 


6) Pokok Bendi dan buah 


7) Pokok Bendi dalam usia 57 hari




8) Buah bendi telah dipetik dalam usia 72 hari




9) Taaaadaaaa, masakan yang boleh dihasilkan untuk buah bendi



#semua gambar dan cara penanam ini diprolehi dari facebook Mazlan Ahmad
petua penaman pokok bendi dan pokok sayuran


05 Ogos 2016

ANAK KE PERGI SEKOLAH

Sekarang dah masuk musim orang ke sekolah. Semua orang sibuk buat persiapan nak ke sekolah. Dari pelajar dari umur 4 tahun hingg 17 tahun, semua ibu apa akan cuba bagi yang terbaik keperluan anaknya. Salah seorang daripada ibubapa tersebut termasuk la azyy sendiri. Hari ini dah masuk hari ke-3 kakak fitrah ke Sekolah dan pengalaman ini adalah sangat bermakna untuk diri Azyy. Pengalaman ini mungkin sama dengan orang lain tapi cuma mungkin cara penerimaan kita sahaja yang berbeza.


Dari Awal lagi, azyy memang dah secara fizikal dah bersiap sedia untuk hadapi segala ragam kakak fitrah dan segala ragam kakak fitrah adalah azyy anggap suatu proses pembelajaran bagi azyy, suami dan yang paling besar adalah bagi kakak fitrah sendiri. Pembelajaran ini adalah untuk mematangkan diri kami juga. 

Hari Pertama (Khamis,2 Januari):
Kakak fitrah pergi ke Sekolah dengan perasaan yang teruja. Teruja kerana dapat kawan baru, teruja dapat pakai kasut baru, baju sekolah baru dan semuanya dalam keadaan yang sangat teruja. Hari juga kakak fitrah pergi sekolah perlu orang suruh masuk ke sekolah. Masa pergi ambil tu kakak fitrah tu siap lambai lagi kat kami. Semuanya dalam keadaan seronok.

Hari Kedua (Jumaat)
Kali ini azyy taknk lepas lagi situasi fitrah keluar dari kelas dia. Kami dah ready dengn handset nak ambil gambar masa dia kuar dari kelas tersebut. Masa kami duk tunggu, kami terdengar ada budak nangis, Suami azyy cakap itu fitrah. Tapi azyy still positifkan suami yang menyatakkan itu bukan fitrah. Lepas itu cikgu pun panggil azyy. Dan memang betul Kakak fitrah menangis.

Cikgu cakap " Kakak fitrah menangis coz teringatkan ummi, dan ruh cikgu p hantar ke pejabat ummi"

Hari ini memang debaran yang azyy dan suami rasa, kerana untuk terus belajar untuk menjadi seorang ibubapa yang terbaik untuk kakak fitrah. 


HAMIL LAGI

Setelah kakak fitrah berusia 6 tahun lebih, azyy telah disahkan hamil. Alhamdulillah, sesuatu yang tidak disangka kerana sudah 6 tahun kami tidak memprolehi rezeki untuk tambahkan harta dunia dan akhirat kami iaitu anak. Tetapi Azyy percaya percaturan tu adalah terbaik untuk kami. Pernantian itu amat bermakna kerana anak-anak sebenarnya cermin untuk melihat sikap dan perangai kita. Kadang-kadang dengan anak ini membuatkan azyy makin matang dan memperbaiki diri sendiri. 


Dalam tempoh 6 tahun ni, azyy ada masalah datang haid yang tidak teratur. Azyy pernah jumpa doktor berkenaan dengan masalah ini tetapi doktor menyatakan bahawa period azyy adalah dalam lingkungan normal. Dalam masa yang sama, azyy masih lagi memegang status sebagai pelajar, so azyy biarkan sahaja. 

Pada awal tahun 2015, semasa itu azyy menghadiri kursus intensif di USM Penang, Azyy telah terbeli Jamu. Kenapa azyy kata "terbeli", ini kerana azyy bukan jenis yang minat dan sukan ubat. Jamu yang azyy beli ini pun beli ini pun azyy makan tak abis. Azyy prolehi jamu ni daripada kawan sebilik azyy kerana dia pengedar jamu tersebut. Setelah sebulan azyy dapati hadi kembali teratur dan dengan rezeki pada hujun tahun, azyy telah disahkan hamil. 

Azyy bersyukur kerana diberi peluang berjumpa dengan kawan bilik azyy tu. Jamu yang azyy makan itu ialah Jamu Sri Bonda. 

Azyy ambil gambar ni dalam internet memndangkan jamu yang lama
 telah azyy simpankan azyy telah azyy clearkan

31 Julai 2016

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Selepas bersalin anak kedua, azyy mengalami keguguran yang amat teruk, Pada awal azyy agak terkejut kerana memandang azyy tidak pernah alami semasa azyy melahirkan anak pertama. Azyy sedikit cuak juga kerana risau jika keaadaan azyy ni disebabkan penyakit lain,. Selepas azyy ceritakan pada suami dan kawan sepejabat, mereka menyatakan ni perkara yang biasa. Sedikit kelegaan dalam diri azyy walaubagaiman, azyy masih still mencari penyelesaain untuk mengatasi masalah ini dan faktor-faktor yang terjadi masalah ni. Insyaallah, nati azyy updatekan cara mengataso masalah ni dan faktor-faktor untuk mengatasi masalah ini dengan lebih terperinci

Masalah ni berlaku apabila umur uwais mencecah 4 bulan



20 Jun 2016

MATA BAYI BERTAHI MATA

Apabila uwais berumur 2 bulan lebih, uwais mengalami mata bertahi. Asalnya azyy ingatkan keadaan normal seperti yang biasa kita alami tetapi setelah 3 hari ianya masih berterusan dan mata uwais bertahi sepanjang masa. Ini membuatkan hati azyy berasa bimbang, jadi azyy membuat keputusan ke hospital untuk rujukkan doktor. 

Apabila azyy pergi ke hospital, doktor menyatakan ianya perlu dipantau dan jika bermasih berlaku dalam jangka yang lama, maka kami perlu ke hospital untuk rujukkan yang selanjutnya. Doktor menyatakan ianya bukan sakit mata kerana mata uwais tidak merah dan membengkak. Doktor nasihatkan supaya azyy sentiasa membersihkan mata uwais yang bertahi mata dengan tisu basah. Doktor juga menyatakan dia tidak boleh memberi ubat sebarangan kerana usia uwais terlalu muda. 

Setelah pulang dari hospital, azyy membuat carian di google, ternyata perkara ini sering berlaku kepada bayi. Melalui pembacaan, azyy dapati tempoh mata bayi bertahi mata ini adalah berbeza, ada yang sekejap sahaja, ada yang berbulan dan ada juga sampai bertahun. 

Banyak petua yang azyy dapat untuk mengubati perkara ini, antaranya 
  • Membersih mata bayi dengan kapas yang dibasahi air suam
  • Membersih dengan tisu basah (azyy buat)
  • Titiskan susu ibu didalam mata anak
  • Mengurut hidung bayi kerana disana terdapat salur air mata (azyy buat)

Setelah tiga hari azyy amalkan, sebelah mata uwais sudah tidak bertahi. kini tinggal sebelah lagi, Insyallah, nati azyy update lain.


******************* update***************************

mata uwais telah sembuh sepenuhnya selepas 3 hari azyy kuarkan entri ini. uwais alami sakit masa selama 2 minggu.








05 Jun 2016

RAMADHAN 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 2016 KEPADA KELUARGA DAN TEMAN TAULAN SEMUA. SEMOGA RAMADHAN NI MEMBAWA KEINSAFAN KEPADA KITA SEMUA. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...