05 Ogos 2016

ANAK KE PERGI SEKOLAH

Sekarang dah masuk musim orang ke sekolah. Semua orang sibuk buat persiapan nak ke sekolah. Dari pelajar dari umur 4 tahun hingg 17 tahun, semua ibu apa akan cuba bagi yang terbaik keperluan anaknya. Salah seorang daripada ibubapa tersebut termasuk la azyy sendiri. Hari ini dah masuk hari ke-3 kakak fitrah ke Sekolah dan pengalaman ini adalah sangat bermakna untuk diri Azyy. Pengalaman ini mungkin sama dengan orang lain tapi cuma mungkin cara penerimaan kita sahaja yang berbeza.


Dari Awal lagi, azyy memang dah secara fizikal dah bersiap sedia untuk hadapi segala ragam kakak fitrah dan segala ragam kakak fitrah adalah azyy anggap suatu proses pembelajaran bagi azyy, suami dan yang paling besar adalah bagi kakak fitrah sendiri. Pembelajaran ini adalah untuk mematangkan diri kami juga. 

Hari Pertama (Khamis,2 Januari):
Kakak fitrah pergi ke Sekolah dengan perasaan yang teruja. Teruja kerana dapat kawan baru, teruja dapat pakai kasut baru, baju sekolah baru dan semuanya dalam keadaan yang sangat teruja. Hari juga kakak fitrah pergi sekolah perlu orang suruh masuk ke sekolah. Masa pergi ambil tu kakak fitrah tu siap lambai lagi kat kami. Semuanya dalam keadaan seronok.

Hari Kedua (Jumaat)
Kali ini azyy taknk lepas lagi situasi fitrah keluar dari kelas dia. Kami dah ready dengn handset nak ambil gambar masa dia kuar dari kelas tersebut. Masa kami duk tunggu, kami terdengar ada budak nangis, Suami azyy cakap itu fitrah. Tapi azyy still positifkan suami yang menyatakkan itu bukan fitrah. Lepas itu cikgu pun panggil azyy. Dan memang betul Kakak fitrah menangis.

Cikgu cakap " Kakak fitrah menangis coz teringatkan ummi, dan ruh cikgu p hantar ke pejabat ummi"

Hari ini memang debaran yang azyy dan suami rasa, kerana untuk terus belajar untuk menjadi seorang ibubapa yang terbaik untuk kakak fitrah. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...