07 Julai 2014

Lepat Pisang

Bahan-bahan

6 biji pisang emas (dilenyekkan)
70g tepung gandum
30g tepung jagung
4 sudu santan (azyy guna susu sejat)
1 gerek gula melaka + 1 sudu besar gula putih
sedikit garam


Cara Buat

  1. Sediakan daun pisang
  2. Gaulkan semua bahan
  3. Panaskan pengukus
  4. Bungkuskan bahan yang digaulkan dan kukuskan selama 20 minit
  5. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama teh untuk minum petang
Selamat mencuba

03 Julai 2014

SOTONG CELUP TEPUNG

Hari ini azyy nak kongsikan satu resepi. Resepi ini cukup mudah iaitu sotong celup tepung. Resepi ini azyy perolehi daripada member pejabat.Jom kita layan


Bahan-bahan
Sotong (potong halus2)
Telur
Tepung jagung*
Garam*
Lada sulah *
Cukup rasa*

Cara buat

  1.  Gaulkan bahan yang bertanda *
  2. Celupkan sotong dengan telur
  3. Kemudian gaulkan dengan bahan yang digaul tadi
  4. Selepaskan goreng sotong tersebut dan hidangkan bersama Sos atau Mayonis
Selamat Mencuba






Sila Klik ->>>>> Resepi Sotong Goreng Tepung Yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...