30 Disember 2013

Mee PakNgah Sungai Dua

Kali ini azyy nak share satu kedai makan kat Sungai Dua Penang... Kedai ini azyy boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang.
Kedai ini terletak di Sungai Dua.. Selepas Plaza tol Sungai Dua, kita ambil susur keluar. Kedai ini berada ditepi Jalan. Kedai ini senang nampak kerana kedainya sentiasa ramai pelanggan. kedai ini bukan sahaja mempunyai menu mee tetapi mempunyai menu nasi, bihun dan keow teow. Yang paling special kedai ini adalah mee rebus bersama udang2. Udang yang terdapat dikedai ini adalah Udang Bela, Udang Laut dan Udang Galah. Harga mee udang ini bergantung kepada udang yang kita pilih.. Insyaallah berbaloi dapat makan mee kat sini. Sepanjang Jalan Sungai Dua ini, memang adalah syurga makan kerana terdapat banyak kedai makan dan salah satu makanan yang famous adalah Char Keow Teow Sungai Dua.. Kalau dah datang ker Penang tidak ssalah memcuba makanan baru.







29 Disember 2013

HARI PENDAFTARN PRA SEKOLAH

Pejam celik, pejam celik, Kakak fitrah dah nk sekolah (umur dah nak masuk 5 tahun).. Segala persiapan telah dibuat (baju sekolah, kasut sekolah, stoking, dll). Fitrah memang teruja nak ke sekolah terutama setelah persiapan sekolah telah lengkap dibeli.
Pada 28 Disember, program pendaftran diadakan. Dalam program tersebut pelbagai ragam dilihat.. Jom kita layan gambar-gambar kak fitrah..


gambar passport 


Kak bersama abah semasa pendaftaran sekolah pra

Kakak bersama abah dihadapan Prasekolah Arif

23 Disember 2013

Resepi Snow Cheese Cake


Alhamdulillah, hari minggu dah rutin azyy n k.fitrah belajar masak bersama2.. ada sahaja makanan yang kami sama2 buat. dan ia bergantung pada keadaan. Kali ini azyy belajr buat Snow Cheese Cake. Resepi ini azyy ambil kat internet je (ada tu kat bawah azyy buh link tempat azyy ambil resepi).  Hari tu azyy buat 2 biji kek, 1 untuk azyy buat sendiri, satu g untuk l.fitrah bakar sendri dan hias sendiri. Jom layan resepi yang ada kat bawah dan selamat mencuba...

Bahan-bahan
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek)
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya)
1/4 cawan air dari peti sejuk
1/3 cawan mentega (dicairkan)

Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.
2. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit.
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar pada suhu 150'C selama 50 minit.
5. Sejukkan kek.

Bahan Cream:
250g Cream Cheese (Sue gunakan jenamaTatura)
1 cawan susu pekat manis

Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental.

Bahan Hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus.

Cara penyediaan:
1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan.
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek.
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong.

Sumber: 
Oleh:Surianti Ramli





05 September 2013

Hak Wanita Semasa Perkahwinan》

Memberi nafkah mengikut kemampuan suami

7 jenis nafkah
*makan minum yang halal (isteri jgn minta lebih)
*menyediakan pembantu yang isteri biasa ada pembantu.
*menyediakan kelengkapan kepada ank perempuan, anak lelaki, n isteri mengikut kemampuan.
*nafkah batin (ckp elok2, puji-pujian)
*Sumbangan

Hak anak dapatkan makanan dari rumah(mak masak dari rumah).

♡jgn mencari kesalahan pasangan kerana kesalahan yang terlalu banyak dimata kita tetapi carilah kebaikan yang dilakukan oleh pasangan.




23 Ogos 2013

HAPPY BIRTHDAY SAYANG KE-4

Pada 20 Ogos 2013, genap 4 tahun umur fitrah.  Seperti biasa, kami sambut dengan sederhana sahaja. Kali sambutan hari jadi fitrah azyy sambut rumah mentua.

Seperti tahun2 lepas,kali ini pun azyy cuba buat kek sendiri tapi kali ni (HUHUHUHHUHUH) KEK AZYY BUAT HANGIT.. hampir 2 jam baru kek azyy betul2 masak.. "takper la sayang, kalau ada masa nati ummi buat lain ok"

HAPPY BITHDAY SAYANG

Masa birtday kali ni, fitrah minta sagon dengan tokwan (minta tok buat).. he he he so petang tu kami balik kampung.. mak ada buat makan2 sikit untuk cucu dia. Yang penting depa semua dengan ikhlas untuk fitrah (kerana mereka sangat sayang pada fitrah)..





15 Ogos 2013

NASI KANDAR PELITA


RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI (SIMPLE)

Gulai tempoyak ni salah satu makanan kegemaran azyy...sedapnya. Balik raya hari tu azyy pergi rumah tok azyy kat besut... beraya dengan masak tempoyak???? Jangan la terkejut.. makcik azyy sediakan gulai tempoyak untuk makanan tengahari seisi keluarga pada hari raya...
Masa sampai rumah nenek azyy tu, masak tempoyak memang tinggal sikit sahaja, so azyy ngn b berebut la seorang sedikit he he he...  adui teringatnya masakan tempoyak makcik azyy tu... kerana teknologi canggih sut sat sut sat... haaaaaaa dah dapat resepi yang sangat simple.. resepi  tu sama dengan nenek azyy.. dulu masa cuti sekolah nenek azyy dah ajar masak gulai tempoyak yang simple ni tapi masa tu tak la ambil kisah sangat.... bila dah berkeluarga, ada je resepi yang sedap dimulut azyy mula nak mencuba dan minta resepi...

Bahan-bahan:
Kunyit hidup sedar cukup
5-8 cabai kecil
Tempoyak
ikan kerisi (buang sisik)
Garam + perasa

Cara membuat:

  1. Kunyit dan cabai ditumbuk 
  2. masukkan air dalam periuk kemudian masukkan bahan yang ditumbuk itu dan tambahkan tempoyak dan gaul sepati
  3. Panaskan bahan tadi dan masukkan ikan + garam + perasa
  4. Tutup api apabila ikan masak dan hidangkan dengan nasi yang panas

05 Ogos 2013

SUP AYAM ALA PANSOH

AYAM PANSUH!!!!!!!, bulan puasa 2013 ini pertama kali azyy makan ayam pansuh ni kat perlis..  sebelum ni azyy memang tak tahu pun ada orang jual ayam pansuh ni kat perlis.. Azyy tgk kat page Republic Of Anak Perlis (ROAPER). Memang banyak info yang azyy dapat dari page ROAPER.. masa beli tu tak sempat nk nak snap gambar so azyy ambil dari internet je macam mana rupa ayam pansuh ni..


GOOGLE IMEJ (blog onerrecepies )

GOOGLE IMEJ (Blog ROYSTANCES)

Kalau azyy buka internet bahan resepi ayam pansuh ni pelbagai, boleh sediakan mengikut selera kita.. tetapi azyy sediakan ayam pansuh ni seakan dengan ayam pansuh yang pertama kali azyy makan.. 3 hari berturut2 azyy sediakan resepi ni kerana permintaan anak kesayangan azyy.. Selamat memcuba.


Bahan-bahan :
  1. Ayam
  2. Halia *
  3. Lengkuas*
  4. Serai*
  5. Cabai kecil * (
  6. Daun kadok
  7. Pucuk Ubi kayu
  8. Garam + Gula
Semua bahan yang bertanda * diblender

Cara membuat:
  • Masukkan ayam + air + bahan blender + garam + gula  dan masak sehingga separuh masak dan kemudian masukkan daun kadok dan pucuk ubi kayu.. dan masak sehingga ayam empuk 
  • hidangkan bersama nasi panas.

11 Julai 2013

Resepi Ayam Masak Kicap (mamak)

Bahan-bahan
*cabai kering
*bawang besar
*halia
Kicap
Gula
Garam
Bawang merah (mayang)
Ayam
 bahan yang bertanda * perlu diblender

Cara masak

  1. Mula2 perapkan ayam dengan bahan yang diblender dan tambahan kicap + gula
  2. Kemudian masakkan ayam yang diperap sehingga 3/4 masak dan masukan daun kari
  3. kemudian tumis darat bawang merah dan masukkan dalam ayam tadi
  4. Kemudian masak sehingga empuk..
PS: ayam boleh diganti dengan daging, ayam dan ikan(goreng dulu)

Selamat mencuba

JUADAH BERBUKA 2013

Mula2 Azyy nk ucapkan selamat berpuasa untuk umat Islam semua tak kira dimana berada....
Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.. Kali ni puasa yang ke-5 azyy bersama fitrah... Seronoknya,,, terutamanya setiap kali menyediakan juadah bersama dia... kadang2 buat azyy tersenyum seorang diri... Bersama ni azyy sharekan link untuk juadah berbuka bagi tahun 2012 dan 2011..
Juadah berbuka 2011
Juadah berbuka 2012
Tema azyy tahun ni : BELAJAR SESUATU YANG BARU, dan gabungkan dengan juadah tahun 2011 dan 2012... Jom kita layan yang azyy dah berbuka dan bersahur


1 Ramadhan
Bersahur:
Ayam masak kicap (ala2 mamak)
Nasi putih
Air masak + Air Teh O suam


Berbuka:
Sup Daging (untuk fitrah kesayangan ummi)
Pappet daging
Ayam masak kicap
Tart Telur
Air Teh O Suam + Air Masak


2 Ramadhan
Bersahur:
Nasi Putih
Gulai Ayam Masak Rebung
Ikan Gelama Masam
Air Teh O Suam + Air Masak

Berbuka:
Nasi putih
Gulai Ayam Rebung madu
Ikan nyok2 bakar
Sambal belacan
Ulam cekur
Kurma
Cucur kembung (jeput2 manis)
Air Teh O Ais, Air masak, Air Oren


3 Ramadhan
Bersahur:
Nasi Goreng Daging
Kurma
Puding Kastard
Air Masak dan Air Teh O Suam





10 April 2013

Sweet Memory of My daughter (2012/2013)


Kak Fitrah bersama Pak su tersayang dan juga rakan sepermainan

Kak fitrah bersama dengan domino piza...

kak fitrah di kl center, stesen komuter

kaka fitrah berada dirumah

kak fitarh tengah belajar guna chop stick, last2 kak fitrah cucuk je makanan tu dengan chop stick

kak fitrah bersama basikal yang ke4nya.. Seronok tak sangka hadiah daripada ayah

kaka berada di stadium kangar april 2013

Hari askar bertemu pelanggan, pergi bersama abah april 2013

RESEPI KUIH SAGU


kuih sagu

Resepi:
Satu cawan sagu (direndam)
1/2 cawan gula ( azyy kurangkan lagi satu sudu gula)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit sirap ros
secubit garam
Kelapa kuih/muda (gaul dengan sedikit garam

Cara buat:
1) Air dimasak bersama gula bersama daun pandan.
2 ) Apabila gula sudah hancur, masukkan garam dan kemudian gaulkan sagu dengan sebati
3) Selepas itu sagu tersebut dikukus selama 20 minit
4) Apabila sagu tersebut telah masak, biarkan sejuk dan apabila sejuk barulah dipotong dan digaulkan dengan kelapa

01 April 2013

Kuih Sagu

Kuih sagu mempunyai pelbagai versi.. Berkali azyy mencuba. Kali ni azyy dah nekad untuk  buat kuih ni sampai jadi tak kira ambil masa yang lama..

Pertama kali azyy buat kuih ni, ia menjadi lembik dan sedikit manis  (So tindakkkan azyy adalah pasti kurangkan air dan gula dan sekali lagi azyy rujuk internet untuk tindakkan selanjutnya)

Kali kedua, Azyy dah kurangkan air dan kali azyy tukar kaedah masak iaitu dengan mengukus. He he he. Kali ni masih lembik tapi tidak seteruk kali pertama azyy masak. Struktur kuih itu dah ok, cuma apabila potong, kuih tu masih melekat (so azyy rujuk lak, member2 pejabat dan mak fitrah). So berbekalkan ajaran yang mereka bagi azyy sekali mencuba.

Kali ketiga, kali ni azyy juga terus kurangkan air dan azyy sapukan bekas yang azyy nak kukus tersebut dengan minyak. Dan kali ni alhamdulillah, berjaya..   Ok kalau ada masa yang terluang azyy akan sharekan resepi tersebut dan uploadkan gambar kuih sagu tersebut. Insyaallah.



Resepi Kuih Sagu

01 Mac 2013

SUSHI KING

Azyy gemar mencuba makanan yang baru, dan azyy juga suka mencari kelainan. Dan dalam mencuba makanan satu prinsip yang azyy pegang iaitu jangan sesekali menyesal kalau makanan itu walaupun makanan itu tidak sedap kerana perkara tersebut pengalaman yang berguna. Kalau kita tak cuba, sampai bila kita tak akan tahu bagaimana rasanya.
Sejak menjak ni azyy gemar sangat nak makan sushi ni, selalunya azyy akan beli kat tesco je, tapi pastinya sedikit berbeza la penyediaan dan segi harga.
Kat sini azyy nak share gambar yang azyy makan SUSHI KING... WOW sedapnya... Fresh..
Tapi azyy tak boleh la nak makan tiap-tiap bulan coz sushi king ada kat Penang sementara azyy la menetap di Perlis.
Keenakkan  sushi masih terasa dimulut.. dan yang special sushi king kerana proses membuat sushi adalah didepan mata kita... JOM KITA LAYAN GAMBAR

Teh hijau yang dihidang percuma....

Pinggan sushi yang bergerak

Ikan salmon yang segar

Kicap yang azyy suka

Set hidangan


Ais Cream Vanila yang lembut dan sedap

Golden Egg


18 Februari 2013

BELAJAR MEWARNA

Fitrah nak masuk umur 3 tahun 6 bulan,  Azyy memang dah start ajar dia mengenal huruf dan number. dan dalam mengajar akak fitrah satu je prinsip azyy jangan ajar terlalu banyak (kerana melalui pembacaan kanak-kanak memang cepat jemu untuk satu masa yang lama) tetapi kanak-kanak cepat faham dan cepat dapat yang kita ajar.

Akak Fitrah memang cukup teruja setiap kali dapat pegang berus warna ni..
Akak fitrah cuba cop dengan pelepah pisang, Azyy cuba ajar buat bunga...

Yang ni azyy tunjuk pada Akak fitrah

Akak fitrah guna daun n pelepah pisang, he he he so sweet 

Akak fitrah dah mula nak start warnakan semua permukaan kertas tersebut,

Akhirnya: ting tong lukisan akak fitrah

15 Februari 2013

BUAH PERAH

Pernah tak saudara saudari makan buah perah??????
Buah perah, memang sedap dimakan, rasa lemak2 cukup boleh membuatkan kita teringatkan buat tersebuat. Dah lama Azyy dah lama tak makan buah ni kerana buah ni susah nak cari dipasar. Kalau terjumpa memang azyy akan beli. Bila balik raya aidilfitri 2012, azyy terjumpa kat pasar ramadhan kat Jerteh. Alhamdulillah, terus azyy beli dan bila balik rumah tok Azyy dia suruh azyy letak dalam petai jeruk, Dia cakap buah ni akan tahan lama dan boleh makan bila2 masa sahaja.Sebelum ni azyy tak tahu pun buah perah ni boleh dijeruk dan rasanya juga sedap.


05 Februari 2013

HAPPY BIRTHDAY MA

Subhanallah!!!!!!
Gara-gara sibuk dengan kursus intensif kat usm, azyy terlupa nak ucapkan birthday kat ma.
Azyy memang tak pernah lupa birthday MA malah dalam diari dan kalender dah tercatat bahawa 31 januari adalah tarikh yang penuh makna.
Azyy doa semoga MA diberikan keberkatan, kebahagian, permudahankan urusan didunia, semoga azyy jadi anak yang solehah agar dapat azyy balas jasa ma yang tidak terhingga dan terbalas.

Kesempatan ini azyy ucapan SELAMAT HARI JADI MA dan siapa2 sahaja  yang lahir pada tarikh yang sama dengan ma ini semoga bahagia selalu.
L LOVE U (MA)




27 Januari 2013

LAGU SAYANG - SHAE

Sayang apa khabar dengan mu
Disini ku merindukan kamu.
Ku harap cinta mu takkan berubah 
Kerna disini ku tetap untuk mu.


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupmu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintakku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu.
Sayang dengar permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku

Kernaku sayang kamu

18 Januari 2013

Resepi Kek Orange Yang Simple

Bahan-Bahan:

  1. 1/2 kulit oren (parut halus)**
  2. 3 Biji telur gred A**
  3. 1/2  cawan minyak masak**
  4. 1 cawan gula (azyy guna 3/4 cawan)**
  5. 1 sudu sanquick**
  6. sedikit pewarna **
  7. 2 cawan tepung gandum
  8. 1/2 sudu teh baking powder
Cara-cara menyediakan
  • Semua bahan yang bertanda ** diblender halus dan kemudian gaul sebati dengan tepung dan baking powder
  • Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu dnegan marjerin dan kemudian panaskan oven selamat 20-30 minitpada 160 darjah celsius. 


 


Resepi ni cukup mudah dan memang sedap: selamat mencuba

Lain-lain resepi kek
Kek Span Pandan
Kek Coklat 
Kek Pisang

Kek Untuk Fitrah

Umur firtah dan mencecah 3 tahun 5 bulan, sekarang dia dah pandai membuat permintaan. Baru-baru ini fitrah minta kek UPIN n IPIN tapi bila p kerdai nak beli gambar UPIN N IPIN, fitrah nak gambar princess lak. Tapi azyy taknak beli kek yang dijual kedai kek tapi azyy lebih nak teruja nak buat kek itu dengan air tangan azyy. takper la tak berapa cantik tapi sekurang2nya azyy ada masa untuk masak dengan fitrah dan buat sesuatu untuk fitrah... Alhamdulillah walaupun simple dan kek itu tak secantik yang ada kedai tapi fitrah sangat suka. :)


Resepi Piza


Bahan-Bahan:

Roti piza ( Azyy beli je kat kedai)
Sos spageti (cendawan)
Sos tomato
Sos Cili
Lada banggala (hiris halus)*
Bawang besar (hiris halus)*
Daging pepperoni*
Chesse mozzarela



Cara buat:

  1. Roti piza sapu dengan sos spageti, sos tomato, sos c ili dan kemudian tanus cheese mozzarela
  2. Selepas itu tabur bahan yang bertanda * dan tabur lagi cheese mozzarel
  3. Kemudian bakar pada 160 darjah selama 20-30 minit.



Selamat menjamu mencuba :)

Birthday

Birthday Fitrah Nur 'Afaf Zahraa 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...