23 Ogos 2013

HAPPY BIRTHDAY SAYANG KE-4

Pada 20 Ogos 2013, genap 4 tahun umur fitrah.  Seperti biasa, kami sambut dengan sederhana sahaja. Kali sambutan hari jadi fitrah azyy sambut rumah mentua.

Seperti tahun2 lepas,kali ini pun azyy cuba buat kek sendiri tapi kali ni (HUHUHUHHUHUH) KEK AZYY BUAT HANGIT.. hampir 2 jam baru kek azyy betul2 masak.. "takper la sayang, kalau ada masa nati ummi buat lain ok"

HAPPY BITHDAY SAYANG

Masa birtday kali ni, fitrah minta sagon dengan tokwan (minta tok buat).. he he he so petang tu kami balik kampung.. mak ada buat makan2 sikit untuk cucu dia. Yang penting depa semua dengan ikhlas untuk fitrah (kerana mereka sangat sayang pada fitrah)..





15 Ogos 2013

NASI KANDAR PELITA


RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI (SIMPLE)

Gulai tempoyak ni salah satu makanan kegemaran azyy...sedapnya. Balik raya hari tu azyy pergi rumah tok azyy kat besut... beraya dengan masak tempoyak???? Jangan la terkejut.. makcik azyy sediakan gulai tempoyak untuk makanan tengahari seisi keluarga pada hari raya...
Masa sampai rumah nenek azyy tu, masak tempoyak memang tinggal sikit sahaja, so azyy ngn b berebut la seorang sedikit he he he...  adui teringatnya masakan tempoyak makcik azyy tu... kerana teknologi canggih sut sat sut sat... haaaaaaa dah dapat resepi yang sangat simple.. resepi  tu sama dengan nenek azyy.. dulu masa cuti sekolah nenek azyy dah ajar masak gulai tempoyak yang simple ni tapi masa tu tak la ambil kisah sangat.... bila dah berkeluarga, ada je resepi yang sedap dimulut azyy mula nak mencuba dan minta resepi...

Bahan-bahan:
Kunyit hidup sedar cukup
5-8 cabai kecil
Tempoyak
ikan kerisi (buang sisik)
Garam + perasa

Cara membuat:

  1. Kunyit dan cabai ditumbuk 
  2. masukkan air dalam periuk kemudian masukkan bahan yang ditumbuk itu dan tambahkan tempoyak dan gaul sepati
  3. Panaskan bahan tadi dan masukkan ikan + garam + perasa
  4. Tutup api apabila ikan masak dan hidangkan dengan nasi yang panas

05 Ogos 2013

SUP AYAM ALA PANSOH

AYAM PANSUH!!!!!!!, bulan puasa 2013 ini pertama kali azyy makan ayam pansuh ni kat perlis..  sebelum ni azyy memang tak tahu pun ada orang jual ayam pansuh ni kat perlis.. Azyy tgk kat page Republic Of Anak Perlis (ROAPER). Memang banyak info yang azyy dapat dari page ROAPER.. masa beli tu tak sempat nk nak snap gambar so azyy ambil dari internet je macam mana rupa ayam pansuh ni..


GOOGLE IMEJ (blog onerrecepies )

GOOGLE IMEJ (Blog ROYSTANCES)

Kalau azyy buka internet bahan resepi ayam pansuh ni pelbagai, boleh sediakan mengikut selera kita.. tetapi azyy sediakan ayam pansuh ni seakan dengan ayam pansuh yang pertama kali azyy makan.. 3 hari berturut2 azyy sediakan resepi ni kerana permintaan anak kesayangan azyy.. Selamat memcuba.


Bahan-bahan :
  1. Ayam
  2. Halia *
  3. Lengkuas*
  4. Serai*
  5. Cabai kecil * (
  6. Daun kadok
  7. Pucuk Ubi kayu
  8. Garam + Gula
Semua bahan yang bertanda * diblender

Cara membuat:
  • Masukkan ayam + air + bahan blender + garam + gula  dan masak sehingga separuh masak dan kemudian masukkan daun kadok dan pucuk ubi kayu.. dan masak sehingga ayam empuk 
  • hidangkan bersama nasi panas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...