12 Ogos 2012

Resepi Tart Nanas Gulung

Puasa 2012, first time azyy buat biskut tart, kira jadi la.. cuma bentuk dia la tak berapa cantik.... first time katakan he he he he, tapi rasa dia memang leh puji la... Thanks mak kerana ajar azyy buat biskut tart nanas ni... belum azyy terlupa azyy nk buh dalam blog ini sebagai rujukkan azyy...


Bahan2..
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan planta (marjerin)
  • 1 biji telur
  • 4 cawan tepung gandum (kalau adunan lembik leh tambah g tepung gandum)
  • 1 cawan tepung jagung
  • sedikit esen vanila
  • Jem nanas
Hiasan
  • telur kuning
  • Sedikit susu pekat
  • Pewarna kuning
Campurkan bahan hiasan dan kacau sebati

Cara membuat:
  1. Pukulkan gula dengan planta sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan telurkan kemudian pukul lagi dan tambahkan juga esen vanila dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung (sedikit demi sedikit sehingga dan uli adunan sehingga sebati
  4. Sediakan papan pencanai dan terapkan adunan dengan acuan tart gulung
  5. Pastikan bahagian bunganya berada dibawah 
  6. Tekanan adunan tersebut dengan memanjang dan potong mengikut kesukaan
  7. Kemudian letakkan jem nenas dan kemudian gulung
  8. Tetapkan diatas dulang dan kemudian sapukan bahan hiasan dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit

Selamat mencuba dan selamat hari raya pada semua muslim 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...