28 Ogos 2012

HAPPY BIRTHDAY ...

Hari ini ulang tahun kelahiran yang ke-27 suami azyy, Azyy harap dia sentiasa dirahmati ALLAH swt dan semoga hidup kami diberkati Allah SWT..

HADIAH??? tahun ini azyy memang tak rancang g nak beli apa2... tapi itu RAHSIA...tunggu masa yang sesuai dan bagi azyy untuk bagi hadiah jadi ini tak semesrinya terus bagi pada tarikh tersebut.. Sememangnya azyy sukakan kelainan...

HADIAH UNTUK LELAKI???... memang cukup rumit malah kadang2 buntu jgk la kepala nk fikirkan hadiah apa yang nak kita beli... contoh senarai yang hadiah.....


  1. KAsut
  2. Dompet
  3. Tie
  4. Topi
  5. Minyak wangi
  6. Baju 
  7. Jam
  8. Kad Ucapan
  9. Handset
  10. Kemeja
  11. Kejutan Hari jadi
  12. Dll g
Bagi Azyy hadiah untuk perempuan lebih senang dan mudah dicari,... tapi dalam banyak2 hadiah apa yang paling penting adalah hadiah KASIH SAYANG... itu sebenarnya hadiah yang paling besar dalam dunia ini...

Dan 
Untuk tahun ini, azyy dah nekad nak buat kek buttercream sendiri.. Jadi or tak itu azyy tolak ketepi yang penting hasil kerja tangan azyy sendiri... 

SELAMAT HARI LAHIR BUAT TEMAN HIDUPKU...
Terima la hasil kerja tangan azyy untuk mu...

Kek Buttercream Yang Pertama Kali  Azyy Buat


23 Ogos 2012

MASAK ASAM IKAN TALANG

Resepi ini cukup mudah dan ia memang pembuka selera... sesuai juga untuk orang yang tgh berpantang.. TAPI AWAS, jangan makan banyak ketika pantang... he he he.

Bahan-bahan.

  • Ikan talang potong kecil
  • 1 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 biji cili kecil
  • Air asam jawa
  • sedikit belacan.
  • Sedikit minyak

Cara buat:
  1. Gorengkan ikan Talang digoreng dan biarkan ketepi
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dan kemudian masukkan ikan
  3. Kemudian masukkan belacan, air asam dan biarkan mendidih
  4. Kemudian masukkan cili kecil dan bawang besar
  5. Dan biarkan bawang besar layu dan hidangkan bersama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA

Ayam Panggang

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang merah, putih dan halia (tumbuk)
  • Garam + kunyit
  • kicap 
  • Madu
  • Lada hitam dan lada sulah
Cara buat:
  1. Ayam dibasuh dan digaulkan kesmua bahan dan diperapkan selama 1-2 jam
  2. Kemudian Ayam dibakar selama 40 minit pada suhu 150darjah celcius
  3. Setelah masak dihidangkan bersama nasi panas dan sambal kicap

Sambal kicap:
Kicap + Hirisan bawang merah + Hirisan cili dan air asam limau

Kerabu Kacang Panjang

Bahan-bahan

  • Kacang Panjang (hiris halus)
  • Bunga kantan (Hiris halus)
  • Udang kering (Tumbuk)
  • Bawang Merah (Tumbuk)
  • Cili Burung ( Tumbuk)
  • Garam dan gula

Cara membuat:
Semua bahan digaulkan bersama dan dihidangkan bersama nasi panas

20 Ogos 2012

Selamat Hari Jadi Sayang (fitrah)


Hari ini (20/8)  Genap umur Akak Fitrah umur 3 tahun, Memang banyak kenangan manis yang tercipta, suka duka memang ada dalam hidup ini. Azyy selalu doakan agar Akak fitrah mnejadi manusia yang sebaik-baik kejadian. Dan setiap ibu yang berada dimuka bumi ini pun juga mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka..Mungkin kita sebagai ibu dan juga sebagai sebagai manusia mesti ada kekurangan tapi kekurangan yang ada pada kita la, azyy harap akan mematang  Akak fitrah dan juga Azyy sendiri... Apa pun SELAMAT HARI JADI UNTUK ANAK UMMI YANG TERSAYANG.. bersama ni azyy sertakan kenangan yang indah bersamamu sayang....

Atas kereta On The Way balik Perlis dari Kelantan.

Main usik-usik dengan abah
Selamat Malam



Makan pulut durian di Padang Besar, Perlis

Ini gambar Kakak Fitrah tahun 2012, gambar ini kesinanbungan entri Selamat Hari Jadi Sayang

Tengah tunggu keretapi sampai

Kakak fitrah berada di muzium kayang, Perlis

Beerpayung didalam rumah

Add caption

Kakak Fitrah Berapa dirumah Tok Wan

12 Ogos 2012

LAGU RAYA

Tinggal beberapa hari lagi kita nak berpuasa, minggu ni adalah minggu persiapan untuk pulang ke kampung... Rindu kampung halaman makin bertambah.. Segara perancangan telah diatur.. Azyy dah listkan apa yang nk dibuat..

Senarai yang telah azyy buat adalah
  • Senarai barang yang hendak dibawa balik
  • Senarai kuih raya yang nak buat
  • Senarai bajet yang ada
  • Senarai tempat yang akan azyy pergi
  • Senarai makanan yang azyy nak makan bila balik kampung
  • Senarai barang yang azyy nak beli bila ada dikampung
  • Senarai rumah yang azyy nak melawat...terutamanya rumah nenek azyy.
Memang tunggu masa je nak balik, dah sambil berkemas2 barang azyy pasang lagu raya... jom kita dengar sama2..


Ulam Bunga Betik

Kawan2 pernah tak makan ulam bunga betik...
Bunga betik ini memang cukup pahit tapi dipercayai memang cukup berkhasiat untuk badan.
Kali azyy nak share satu petua nak hilang sedikit pahit bunga betik ini:
MASA REBUS BUNGA BETIK TAMBAHKAN GULA DAN GARAM, insyaallah rasa pahit akan berkurangan..
SELAMAT MENCUBA....

google imej

Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:


Bahan A
  • 220 gm planta
  • 100 gm gula
  • 8 sudu madu
Bahan B
  • 200 gm cornflakes
  • Ceri merah dan ceri hijau (potong kecil)
  • Kismis
  • Badam hiris (panggang 10 minit)
Cara membuat:
  1. Bahan A dimasak sehingga cair dengan menggunakan api kecil
  2. Kemudian masukkan ke dalam bahan B dan gaulkan sebati
  3. Masukkan kedalam Kertas cawan dan bakar selama 12-15 minit pada suhu 150 darjah celcius.

Resepi Tart Nanas Gulung

Puasa 2012, first time azyy buat biskut tart, kira jadi la.. cuma bentuk dia la tak berapa cantik.... first time katakan he he he he, tapi rasa dia memang leh puji la... Thanks mak kerana ajar azyy buat biskut tart nanas ni... belum azyy terlupa azyy nk buh dalam blog ini sebagai rujukkan azyy...


Bahan2..
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan planta (marjerin)
  • 1 biji telur
  • 4 cawan tepung gandum (kalau adunan lembik leh tambah g tepung gandum)
  • 1 cawan tepung jagung
  • sedikit esen vanila
  • Jem nanas
Hiasan
  • telur kuning
  • Sedikit susu pekat
  • Pewarna kuning
Campurkan bahan hiasan dan kacau sebati

Cara membuat:
  1. Pukulkan gula dengan planta sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan telurkan kemudian pukul lagi dan tambahkan juga esen vanila dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung (sedikit demi sedikit sehingga dan uli adunan sehingga sebati
  4. Sediakan papan pencanai dan terapkan adunan dengan acuan tart gulung
  5. Pastikan bahagian bunganya berada dibawah 
  6. Tekanan adunan tersebut dengan memanjang dan potong mengikut kesukaan
  7. Kemudian letakkan jem nenas dan kemudian gulung
  8. Tetapkan diatas dulang dan kemudian sapukan bahan hiasan dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit

Selamat mencuba dan selamat hari raya pada semua muslim 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...