09 Julai 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI CINDAI KLASIK PERLIS

Objektif azyy bila jalan2 cari makan adalah mencuba sesuatu yang baru, kecuali bila suatu kedai itu menyediakan makan sudah biasa azyy makan maka azyy akan pilih makanan kegemaran azyy..

Kali ini azyy nak kongsi yang menarik dan suasana yang selesa iaitu CINDAI KLASIK. Kedai ini berada di Seriab Perlis. Azyy suka order makanan barat kat sana... memang4 sedap...selain itu kedai ini juga menyediakan masakan panas dan berlauk(tengahari). Harga juga berpatutan.

Kali ini azyy nak kongsi satu makan yang memang jarang ada tempat lain.. tetapi ada di CINDAI KLASIK, iaitu COMMANDO FRIES... Aaaaaaaaapa itu COMMANDO FRIES da da da da da, jom tgk dulu gambar cOMMANDO FRIES ini dulu.....

Hidangan yang berbeza dari biasa

Sedap

Tu dia kan... dah licin, Kedai memang selesa dan mempunyai tema yang tersendiri.. Cukup klasik tetapi cukup cantik. Kedai ini hanya 5-7 minit dari pekan kangar dan mudah dicari

Tempat makan yang selesa

Tempat makan yang cantik dan elegan

Apa yang berbeza hidangan jejari kentang ini adalah hidangan ini disediakan dalam bentuk masakan melayu jom azyy kongsi macam mana cara hidangan melalui pemerhatian azyy..

Bahan-bahan:

  • Jejari kentang (goreng dahulu dan kemudian biarkan )
  • 1 labu bwang besar (hiris)
  • 5 biji lada kecil (tumbuk pecah sedikit)
  • ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • dan hirisan asam limau
  • 2 sudu minyak masak
Cara masak:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
  2. Gorengkan ikan bilis dan kemudian masukkan bawang
  3. dan kemudian masukkan lada dan jejari kentang yang telah digoreng
  4. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam, kacau sebati
  5. Selepas itu hidangkan bersama dengan hirisan limau..
Selamat mencuba...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...