04 Jun 2012

Nasi Berempah

Azyy kalau masak gulai kari, kurma dan sewaktu dengannya, memang azyy angkat BENDA PUTIH tanda mengaku kalah. Memang azyy gagal terus la. KEJAP OK, KEJAP KO.. Tapi itu bukan mematahkan semangat azyy untuk memcuba masakan berempah ini.

Tapi kali ini bukan nak kongsi resepi gulai ker or apa tapi nak share resepi NASI BEREMPAH. Kenapa azyy berani nak kongsi nak resepi ini kerana b cakap nasi rempah yang azyy masak ini memang sedap dan boleh jamu kepada sesiapa yang datang rumah.. Ok, tak yah azyy membebel banyak2 jom kita ikut langkah2nya

Bahan-bahan
  • Minyak
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih
  •  1 inci halia (mayang)
  • 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 setgh sudu rempah kari dan rempah kurma
  • 2 sudu sos tomato
  • air
  • garam, gula, pati bilis
  • 1 setgh cwn susu sejat
  • Ayam (mengikut selera)
  • 2 cawan beras dan 2 helai daun pandan

Cara buat
  1. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  2. Kemudian masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga kekuningan
  3. Kemudian masakkan rempah kari dan rempah kurma dan masukkan air. Selepas itu masukkan garam, gula dan pati bilis dan biarkan ia mendidih sehingga pecah minyak
  4. Selepas itu masukkan ayam dan susu sejat dan sos tomato Dan biarkan ia mendidih dan biarkan ayam itu separuh masak dan biarkan ketepi.
  5. Basuhkan beras dan kemudian masukkan dalam rice cooker dan masukkan sekali daun pandan, Masakkan bahan yang masak tadi dan tambahkan air. Dan masak seperti nasi putih biasa.
  6. Hidangkan dengan air asam atau masak kicap.

Ps: gambar azyy dah ambil, kalau ada masa nati upload..
Selamat mencuba

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...