30 April 2012

RESEPI AISKRIM

Azyy dah lama teringin nak buat aiskrim sendiri, tapi rasa takut nak buat. Takut tak jadi la.. takut tak sedap la.. Tapi kalau tak buat mesti azyy tak tahu hasilnya. Tengok dalam internet berbagai variasi resepi.. Cari punya cari terjumpa satu blog (Hanafzuan Abadi).. Memang senang...


Kita ikuti resepi aiskrim tersebut

Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (sy guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar (
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan 

Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.

2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.

3) mula melapis adunan . ( Azyy buah buah )

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.


adunan aiskrim buah


 Adunan Aiskrim nanas n pandan
Alhamdulillah, aiskrim tu tak betul keras pun kira dah licin... tak sempat nak snap gambar 

26 April 2012

PROMOSI DI KOLEJ KOMUNITI ARAU

Semalam azyy buka laman web KURSPEN, terkejut kerana tgk harga yuran yang pihak kolej komuniti Arau tetapkan untuk bulan mei sempena dengan sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-69.. Yuran yang dikenakan serendah rm 5.00..  Apa lagi Azyy daftar la satu kelas masakan.. Kelas masakan apa??? itu rahsia dulu.. bila pergi nati, azyy akan cuba update kat blog.. Jom kawan2 singgah laman web kursus 

Sumber :http://kurspen-kkarau.blogspot.com/p/kursus-terkini.html

Basikal

Hari ini ayah Fitrah belikan sebuah basikal untuk dia..Basikal yang bergambar BEN 10.. memang dia cukup seronok la.. Bila Azyy tanya dia nak tidur n peluk basikal dia ker. Dia jawap kak nak tidur dengan SABIKAL.. HA HA HA. Fitrah memang panggil SABIKAL untuk sebuah basikal. Dan kami akan cuba perbetulkan setiap kali dia sebut perkataan itu..



Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 8 bulan
Hobi : berbasikal

25 April 2012

PESANAN LONG

Belum aku terlupa, azyy nak catat pesanan dari Long..

Azyy, selepas baca yasin malam jumaat or hari jumaat tu, amalkan baca surah al-kahfi...

_________________________________________

Hari itu azyy pergi dengar ceramah kat Pejabat Islam Kat Perlis.. Ceramah itu disampaikan oleh Penyarah U. Masa itu Bekas Menteri Besar Perlis pun ada sama, Dato' Shahidan Kassim. Dalam ceramah, kata2 yang tersemat dalam dada Azyy itu, menghayati Al-Quran dan mengetahui maksud adalah wajib terhadap setiap orang yang beragama Islam dan bukan sekadar Khatam AL-Quran... Ia membuatkan Azyy tertanya-tanya pada diri sendiri, Dimana diri azyy berada??? Setakat manakah ilmu Al-Quran yang Azyy tahu???

SELAMAT TINGGAL PAMPERS

Bila fitrah dah masuk 2 tahun 8 bulan, azyy dah mula tidak pakai Fitrah dengan lampin pakai buang kecuali masa nak tidur. Alhamdulillah, pada usia itu fitrah dah boleh bagi tahu untuk buang air kecil or buang air besar. Azyy mula terdetik nak ajar bila kawan ofis Azyy menceritakan pengalaman dia dan anak dia. Untuk ajar anak ini perlukan kesabaran kerana untuk membiasakan anak mesti ada cabaran.. Antara cabaran ialah pernah kencing bertaburan di lantai, terkencing dalam seluar dan sebagai.. tapi itu perlu dianggap satu proses pembelajaran bagi kita dan meraka. Sekarang ni, bila Azyy nak cuba pakai lampin ni Fitrah akan berkata, KAK TAK NAK PAKAI PAMPERS, KAK DAH BESAR.

Disini Azyy letak beberapa imej lampin pakai buang untuk tatapan





17 April 2012

Buku HARGAI SETIAP DETIK KEHIDUPAN

Penulis: Arvan Pradiansyah 




Buku ini Azyy beli lama dah, tapi Azyy baca bila ada masa terluang sahaja. Azyy perlu buku ini untuk memotivasikan diri azyy sendiri. Buku ini mengandungi 24 bab dan ianya merangkumi tentang pergaulan, harian dan tentang dalaman kita. Bagi azyy buku ini banyak membantu Azyy memberi panduan untuk Azyy mencari panduan hidup. 

  1.  Hargai Setiap Detik Kehidupan
  2. Hidup Adalah Pilihan
  3. Adakah Anda Tahu Ke Mana HArus Dituju
  4. Jiwa, minda dan Tubuh yang sihat
  5. Membentuk Kepercayaan
  6. Orang Bodoh Guru Sejati
  7. Tuhan, Marahkan Kau Padaku
  8. Bahaya AIDS!
  9. Makanan-makanan Fikiran
  10. Apakah yang Paling Penting
  11. Berhentilah dari Menyalahkan Orang Lain
  12. Orang Beragama atau Orang Baik
  13. Disiplin
  14. Hubungan Segitiga
  15. Cinta, Jangan Kau Pergi !
  16. Mengapa Kita Sukar Memuji Orang Lain?
  17. Dengarkan Sahaja!
  18. Memiliki atau Menikmati
  19. Jangan perbesarkan Perkara yang kecil
  20. Mengapa Perlunya Berpuasa?
  21. Mohon Maaf Zahir dan Batin
  22. Mulai Sekarang, Berhentilaj Bekerja!
  23. Perlahan Itu Lebih Cepat
  24. Mengapa Hidup Tidak Adil? 

04 April 2012

Diet dan Kek

Petang tadi, Azyy kayuh basikal, kononnya nak bersenam. Nak pecahkan lemak.. tapi sekarang ni Azyy baru lepas buat kek pisang... Lepas makan nasi goreng, b cakap dia rasa nak makan kek pisang so Azyy terus buat. U all rasa Azyy boleh tak kurangkan berat badan bila macam ni? he he he.

Kek pisang ni azyy tabur dengan kepingan badam, chip coklat, pisang dan biji bunga matahari. Azyy memang suka makan bijiran so azyy letak lebih sedikit.. Makan kek pisang n air teh O suam membuatkan Azyy ingatkan Ma tersayang kerana Ma memang suka minum teh O. Kalau pergi kedai makan yang hebat2 pun ma still order teh O. Miss U Ma.

Tgh layan lagu ni : aku ingin bahagia (sinar fm)


Fitrah & muzik

Fitrah dan muzik boleh dikatakan sinonim coz hampir setiap minggu dia akan pergi hantar azyy pergi kelas piano.. kalau dah hantar tu dia  memang selalu la sentuh alat2 muzik yang ada kat kelas tu. Tapi Azyy harap dia bukan berkehendakkan muzik sahaja tapi fitrah juga berkehendakkan untuk mengaji Al-Quran, Insyaallah..
Long Ni cakap kalau kanak-kanak boleh mula hantar mengaji bila dia dah kenal huruf.


Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Hobi : Kacau ummi bila ummi tgh berlatih main piano he he he
Umur : 2 tahun 8 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...