24 Januari 2012

Kerang Goreng (MASAK KICAP)

Bahan

  1. 2 ulas bawang putih
  2. 3 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang besar (potong bulat2)
  4. serai hilis (ketuk bagi hancur)
  5. Sedikit halia
  6. cili kering (potong)
  7. Sos tiram
  8. Kicap
  9. Sedikit air
  10. Garam + pati bilis (pati bilis boleh diganti dengan ajinamoto)
  11. 1 kg kerang ( Kupaskan kerang dan biarkan kulit kerang bersama isi dan satu lagi kulitnya dibuang)

Cara buat:
  • Tumiskan bawang putih, merah dan halia
  • Kemudian masukkan serai, sehingga berbau wangi serai, masukkan kerang, goreng sehingga separuh masak,
  • Selepas itu masukkan lada kering, sos tiram, kicap, garam, dan pati bilis dan sedikit air
  • Apabila kerang hampir masak, masukkan bawang besar.
  • Apabila masak, boleh dihidangkan dengan nasi yang panas

Untuk kupas kerang dengan senang sila klik sini ----> (petua)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...