30 Disember 2011

Nasi Paprik Ayam

Resepi ini aku letak agar senang untuk aku buat rujukan kembali, Ini kali pertama kali aku masak paprik ayam, suami kata macam kat kedai. So kira jadi la tu(he he he). Disini aku tak bagi anggaran tepat lagi, cukup la sekadar aku dapat membantu memberi gambaran kepada orang yang ingin memasak paprik ayam atau paprik campur... Selamat mencuba :)


Bahan-bahan
  1. Ayam
  2. Bawang putih (mayang)
  3. Bawang merah (mayang)
  4. Minyak untuk menumis
  5. Lada kering (kisar = 2 sudu)
  6. Sos tiram, sos cili, sos tomato
  7. Serai
  8. Daun limau purut
  9. Cili padi (buh 2 biji coz anak nak makan sama
  10. Sayur (kacang panjang, kubis bunga, kubis, lada besar, tomato)
  11. Garam, gula dan pati bilis
  12. Air

Cara2
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah. kemudian masukkan lada kering, selepas itu buh air..
  • Pastikan lada kering cukup masak, kemudian letakkan lada kering, sos tiram, sos tomato, sos cili, kemudian serai..
  • Kemudian masukkan ayam, garam, dan daun limau purut,
  • kemudian masukkan gula, pati bilis
  • Akhir sekali masukkan sayur, 
  • Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi goreng...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...