30 Disember 2011

Nasi Paprik Ayam

Resepi ini aku letak agar senang untuk aku buat rujukan kembali, Ini kali pertama kali aku masak paprik ayam, suami kata macam kat kedai. So kira jadi la tu(he he he). Disini aku tak bagi anggaran tepat lagi, cukup la sekadar aku dapat membantu memberi gambaran kepada orang yang ingin memasak paprik ayam atau paprik campur... Selamat mencuba :)


Bahan-bahan
  1. Ayam
  2. Bawang putih (mayang)
  3. Bawang merah (mayang)
  4. Minyak untuk menumis
  5. Lada kering (kisar = 2 sudu)
  6. Sos tiram, sos cili, sos tomato
  7. Serai
  8. Daun limau purut
  9. Cili padi (buh 2 biji coz anak nak makan sama
  10. Sayur (kacang panjang, kubis bunga, kubis, lada besar, tomato)
  11. Garam, gula dan pati bilis
  12. Air

Cara2
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah. kemudian masukkan lada kering, selepas itu buh air..
  • Pastikan lada kering cukup masak, kemudian letakkan lada kering, sos tiram, sos tomato, sos cili, kemudian serai..
  • Kemudian masukkan ayam, garam, dan daun limau purut,
  • kemudian masukkan gula, pati bilis
  • Akhir sekali masukkan sayur, 
  • Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi goreng...

29 Disember 2011

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN

Buah turunkan berat badan . Sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairan mengapa pakar pemankanan menginjurkan amalan memakanan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.


   1. LIMAU GEDANG
Kajiam mendapati uah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan
Google imej

   2. OREN
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jebis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.
Google imej

   3. EPAL
Ada kajian mendapati seseorang yang mngambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkan.
Google imej

   4. BERI
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabilosme tubuh.

Google imej

   5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabla reseptor didalam perut terangsang
Google imej

   6. Anggur
Kandugngan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut
Google imej

28 Disember 2011

BUTTER BREAD PUDDING

24 Disember 2011 lepas aku, b, fitrah dan family mentua ke SUNGAI PETANI, menghadiri kenduri anak saudara mak mentuaku. Belum itu, kami singgah rumah makcik (makcik belah suamiku, lebih kurang setahun dah kami tak kesana, Masa disana makcik menjamu kami makanan(bihun, tapai, biskut, butter bread pudding dll), Dah nak pergi makan kenduri tu jadi kami makan tak banyak la, bila balik dari sana aku teringat je butter bread pudding,.... Aku dah jatuh cinta dengan BUTTER BREAD PUDDING, maka aku minta dengan anak makcik "kak cik yang buat butter bread pudding ini". Disini aku paparkan untuk rujukan sendiri dan orang lain, dan yang penting resepi ini mudah untuk dibuat...

Bahan-bahan
telur 3biji
gula 6cb
susu segar(agak2 dalam 2 cawan)/suamkan sikit susu..
esen vanila
badam,choc chip(boleh ganti ngn buah jgk..
roti gardenia
butter(untuk sapu atas roti)..


cara2..

panas oven 170C

bahan A
sapu butter pada roti lepas tu susun dalam loyang..seeloknya loyang petak(sapu butter supaya tak melekat)..kalau nak tebal susun 3 layer..biasa buat 2 layer ja..

bahan B
pukul telur dengan gula sampai kembang kemudian campur susu suam dan esen vanila..tambah garam skit..tuang dalam loyang yg telah disusun dengan roti td..tabur badam/choc chip..

bakar dalam 35-40 minit


26 Disember 2011

APAM POLKADOT

Resepi ni aku ambik dari adik aku, dia cakap dia ambil resepi  ini dalam internet juga (dia pun lupa ambik dari mana), bila cuti krismas ini jatuh ahad so di perlis tambah lagi satu hari lagi cuti. So aku ambik kesempatan nak masak yang berlainan untuk b dan anak tersayang....
Buat APAM POLKADOT ini sangat senang, mudah sangat, so ikut la langkah2 berikutnya

bahan2
  • 3 biji telur dari 
  • 275 g tepung gandum
  • 200 g gula
  • 150ml susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 sudu teh esen vanila
  • warna ikut suka warna ape
cara2
  1. masukkan semua bahan dalam mixer dan pukul dengan kelajuan max selama 8-10 minit
  2. asingkan ke dalam mangkuk untuk proses menambah warna kesukaan.
  3. masukkan kedalan pipin beg.
  4. masukkan juga filing ke dalam piping bag
  5. masukkan adunan kedalam bekas sebanyak 1/2 dari bekas 
  6. pas 2 masukkan filling
  7. masukkan lagi adunan sehingga 3/4 bekas then buat corak ke sukaan
  8. kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana
PS: KALAU NAK TAMBAH INTI DINASIHATKAN AGAR KURANGKAN SEDIKIT GULA
(APAM POLKADOT INI JUGA BOLEH DIJADIKAN HANTARAN, CERDERAHATI DLL)


Google mej

Google imej

25 Disember 2011

AGAR MEMASAK DENGAN LEBIH MUDAH

Kalau anda mahu mengejar masa, tidak perlulah terburu-buru lagi mengangkat telefon memesan makanan segera. Kalau anda seorang suri rumah tangga yang bijak, anda boleh memasak dengan lebih cepat lagi, Mudah sahaja, apa yang perlu anda sediakan bahan-bahan seperti berikuy dan sediakan bahan-bahan tertentu untuk menjimatkan kos perbelanjaan.



MAKANAN DALAM TIN
Makanan dalam tin sememangnya sangat membantu kita untuk mengejar masa. Sediakan yang mudah  diubah suai seperti tuna atau sardin. Baik juga jika ada cendawan dalam dan jagung manis. Anda tentu boleh mencipta sesuatu yang mudah dari salah satunya.
DAGING CINCANG
Jika membeli daging cincang. Segera diperisakan dengan garam. Bentukkan bebola atau bentuk bulat leper. Kedua-duanya boleh digunakan terus untuk dihidangakan sebagai begedil atau gorengan biasa. Malah, jika hanya akan ditumiskan pun, anda hanya perlu tekan-tekankan sahaja dengan sudip
AYAM
Ayam sudah dikerat-kerat segera dikelar-kelar dan rendam dengan garam , sedikit air perahaan limau atau kicap masin. Rendaman ini amat biasa dan boleh digunakan dalam pelbagai masakkan. Apabila anda tidak mempunyai masa, anda hanya perlu menggorengnya sahaja. Mudah bukan ?!


SAYUR CAMPUR
Seeloknya di dalam peti beku anda sentiada menyimpan sayur campur beku seperti dalam gambar. Ini amat berguna apabila anda perlu segera menghidangkan makanan terutamanya pada waktu pagi. Sayur campur ini boleh ditambahkan sebagai rencah di dalam masakan nasi goreng anda.



 Untuk mendapatkan lagi tip didapur sila klik (----> KLIK SINI)

Jeput jagung

3 ulas bawang merah

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar capai kering (dikisar)
1 batang jagung (dihiris)
1/2 cawan ikan bilis
1 1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
Ais sejuk dalam peti ais

Cara buat
  1. Gaulkan kesemua bahan tersebut
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng. Angkat apabila jeput tersebut kekuningan..
Boleh dimakan dengan segera, dan sudah gaul boleh disimpan dalam peti ais, goreng apabila hendak makan..


P/S : dulu aku masak jeput jagung ni aku just buh tepung, gula, garam dan air je, (itu pun sedap), tapi bila dah ada pantri kat pejabat, selalu jgk la kami masak jeput ni belah petang, so bila ramai tangan maka ramai la cara memasak, so bila makan tu sedap so aku share kat blog...

> salah seorang member kalau buat jeput ni akan buat guna air ais
>salah seorang lagi member kalau buat jeput akan buh serbuk kunyit, 
so mana2 idea orang jangan sekali2 perlekeh tapi cuba try untuk kegunaan harian kita..

HAPPY CHRISMAS










Merry christmas untuk semua yang beragama kristian, penuhi hidup ini dengan senyuman...


Untuk mendapay maklumat tentang Christmas and happy holiday leh klik sini (SILA KLIK --->)

09 Disember 2011

Tips Didapur

Apabila sudah berkerjaya dan sudah berumahtangga serta menjadi pelajar,cabaran yang sangat penting adalah mengatur masa. Kerana tanpa mengurusan yang baik adalah cukup susah hidup mesti menajdi kucar-kacir.
Dalam hidup ini, setiap orang mahu bagi yang terbaik untuk kehidupannya, terutamanya untuk suami dan anak. Apabila dah berkerja ini biasa masa yang banyak untuk kita berada dirumah adalah cuti hujung minggu.(Ahad dan sabtu). Masa hari sabu dan ahad la sebenarnya persiapan boleh dibuat agar masa kerja nanti semua urusan boleh dilakukan dengan masa yang singkat. disini aku mahu kongsi beberapa tips untuk agar kita kehidupan kita lebih terurus terutama dibahagian dapur.
·         Kupas bawang merah , bawang besar, dan bawang putih (Ambil sebahagian bawang dan blenderkan siap2  dan simpan dalam peti ais),
·         Rendamkan lada kering dan blender siap2 kemudian masukkan dalam Tupperware (masukkan dalam setiap Tupperware itu untuk sekali masak).
·         Pastikan lauk mentah telah disiang dan diletakkan dalam bekas, dan pastikan semua bekas hanya diletakkan untuk sekali masak,
·         Ikan untuk digoreng, buhkan siap2 kunyit dan garang dan masukkan dalam freezer
·         Masakkan sambal merah dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya  telur, daging, ayam)
·         Masakkan gulai  dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya ikan, ayam, daging dll).
·         Buat karipap kemudian masak separuh masak kemudian freezer. Goreng apabila mahu makan.
·         Buat kuah kacang kemudian freezer. Panaskan apabila mahu makan(kuah ini boleh dimakan dengan nasi impit, tauhu sumbat, lodeh, cucur udang dll).
·         Perapkan ayam  dengan perencahnya kemudian freezer kemudian bakar apabila mahu makan.
Tips ini adalah untuk orang yang suka memasak tapi tidak ada masa yang banyak, mungkin ada sesetengah orang lebih suka beli sahaja dikedai tapi sesetengah orang pula merasa kepuasan apabila memasak sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...