30 September 2011

BELANJAWAAN 2012

Tak sabar nak tunggu perbentangan Belanjawan 2012 yang dijangka pada 7 Oktober 2011... tahun lepas aku tgk sampai abis, seronok banyak kejutan dan semuanya WOWWWWW..... Yahooo
Tahun ni kebanyakkan kakitangan kerajaan memang harap dapat kenaikan gaji 10%, 20%, 30%, kalau dapat 10% ada yang bersyukur dan ada yang tak bersyukur... dah lumrah sebagai manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada...

Apapun aku support semua yang kerajaan buat, kalau tak logik aku gelak je he he he


(ni bukan anak aku)
aku sengaja gambar baby gelak coz gelak mereka tanpa dosa...
Ya ALLAH, ampunkan dosaku dan bersihkan hatiku... amin



KLIK SINI -----> RESEPI

23 September 2011

Kek Span Pandan

Dah 2,3 kali aku cuba buat kek, tapi biasanya aku buat main agak2  buh je walaupun resepi tu lengkap, tiada peralatan yang lengkap. Masa balik rehat gotong royong pejabat baru, aku ke kedai bahan kek ke kat Pengkalan Asam, barang memang tersusun, mudah nak cari bahan.... aku beli la bahan2 yang diperlukan,
Bila balik terus buat, lepas tu... nak buat kejap je kalau bahan semua dah ada,
Paling seronok buat kek ni, masa bakar ... kek tu naik dengan cantik ha ha ha, warna hijau lak tu.
Bila dah siap, terus bagi "jurukomen" rasa..... so jawapanya
SEDAP!!!!

Yahoooo, dah jadi buat kek... lepas ni leh buat kek lagi..
Aku ambik resepi dari SINI,
nati leh aku wak rujukkan lagi kat sana tapi aku nak share jgk resepi tu, dan aku copy paste je...
gambar tak sempat nak ambik coz kek tu dah abis, kalau aku buat lain, aku buh nati gambar kek tu


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

  • satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  • perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  • tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati
  • sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  • bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis..
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas



Halaman Berkaitan:
*Kenapa kek Turun (KLIK SINI)

22 September 2011

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek, merupakan kuih tradisional yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini beasaskan ubi keledek dan tepung gandum..

Kuih ini merupakan kuih kegemaran my hb, mungkin kerana asas bahan cek molek ni sama dengan cucur kria ( terkenal di kedah dan perlis)

 First time aku buat kuih ni, nak tergelak coz sungguh liat. Tapi bab kata orang belajar masak ni jangan cepat putus asa, so kali kedua tu aku pun kurangkan tepung.

Untuk buat cek mek molek yang elok ni, nisbah tepung yang digunakan adalah keledek : tepung, 2:1, 

Bahan2
Ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit garam
Gula

Cara buat

  1. Rebus sehingga empuk,, kemudian lenyek
  2. Kemudiaan masukkan tepung gandum, dan gaul sehingga sebati
  3. Bentukan bulat kemudian masukkan gula, dan kemudian bentuk memanjang agar nampak bulat
  4. Panaskan minyak dan kemudian goreng dalam api yang banyak



14 September 2011

AYAT CINTA

Semalam dengan lagu MIRA E, tiap2 rasa nak tulis ayat ni,
tapi aku tak tahu apa dia maksud MIRA E, malas nak google.
Tapi kalau kawan2 nak tahu maksud dalam apa pun bahasa
clik sini TRANSLATE


KALAU KAU DAPAT SELAMI HATIKU, KAU AKAN TAHU BETAPA IKHLASNYA AKU MENYINTAI MU,
KALAU KAU DAPAT JELAJAH DI SETIAP SUDUT JIWAKU, KAU AKAN DAPAT RASA BETAPA KUATNYA GELORA CINTAKU UNTUKMU...
..
TAPI AKU BUKAN INSAN YANG SEMPURNA UNTUK MENJADIKAN BINTANG YANG BERKILAU CANTIK DIMATA MU..
SAYANG, MAAFKAN DIRIKU

love star red black pictures, backgrounds and images

AKU DATANG - PUTRAJAYA

Hari ini dah masuk empat hari aku berada di Putrajaya, Aku teruja sangat nak nak datang kat sini. Maklumlaaa sepanjang aku berkerja aku tak pernah datang ke Putrajaya.(teringat lak zaman sekolah dulu, dah 8 tahun) tapi aku rasa masa itu, aku tak tahu apa2, yang tahu hanya nak berseronok. Bila datang dengan kereta sendiri ni, memang penuh dengan cabaran kerana

  1. aku tak tahu jalan sini
  2. kdg2 keliru dgn sign board
  3. takder GPS ( nekad nak simpan duit nak beli hanset yang ada GPS)....
Aku datang ke Putraja ni kerana menghadiri Kursus e-SPKB bertempat di MAKMAL LATIHAN 2, ARAS 6, JABATAN AKAUNTAN NEGARA PUTRAJAYA.

Hari Pertama aku datang, sampai dalam pukul 8.00, kemudian aku menginap di Paya Indah Wetland, hari mula, aku menginap di asrama, hari ke-2 aku menginap di chalet.. memang cantik, macam duk hotel la.. bersyukurkan kepada Allah atas segalanya.


Chalet di Paya Indah Wetland



Oleh kerana esok dah nak meghadiri kursus dan pendaftaran jam 8.00 pagi, maka malam ni jgk la aku mencari Bangunan Jabatan Akauntun Negara Putrajaya, kami pergi mencari tanpa sebarang peta dan GPS... nasib baik la, ada peta yang disediakan di Tepi jalan, berdasarkan itu lah aku mencarinya...
Jabatan Akauntan Negara Malaysia ni terletak di Presint 2....  Sepatutnya dari Paya Indah Wetland ke Presint 2, Putrajaya ni hanya lebih kurang 20 km, tapi jarak yang aku ambik lebih kurang 68 km lebih..

Pada hari ke-2, Kursus bermula alhamdulillah, pengetahuan tentang e-SPKB bertambah, ya la aku bermula dari 0, dan kursus 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30. Pada Malam kedua ni, masa untuk berjalan,
ALAMANDA MEMANG BERSEDIA MENUNGGU KEDATANGAN KU... memang dah lumrah perempuan, tempat shopping kompleksadalah tempat kegemaran ku...  tapi apa yang penting aku nak kenal ALAMANDA...


Pada hari ke-3, seperti biasa kursus abis jam 4.30 ptg, lepas jam 4.30ptg aku mencari THE MINES, tapi asyik2 still dalam Putrajaya. dah 4-5 kali cari aku give-up, balik ke tempat menginap. Masa tu jgk la, aku call member2, untuk cari jalan tersebut, nasib baik la ada member yang bagi arahan yang senang. Akhirnya sampai jgk. Aku teruja sangat coz kat sana ada kedai Hanset HTC...

The Mines




Hari ini dah hari ke-4, tiada perancangan lagi, nati petang baru tahu, NILAI or KL (KLCC, JLN TAR, OR CHOW KIT) Insyaallah kalau berkesempatan aku sampai..

05 September 2011

DI SAAT AKU MENCINTAIMU - DADALI (LIRIK)

Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali










Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Kasut Tumit Tinggi....

Kalau bercakap tentang KASUT TUMIT TINGGI, kita akan sinonim dengan WANITA...
Orang Lelaki selalu cakap kenapa ya, perempuan suka sangat menyeksakan diri nak pakai kasut tumit tinggi ni?... Jawapannya senang saja, Nak nampak cantik, kalau cantik Lelaki suka kan...maksudnya " semuanya itu hanya untuk memuaskan kehendak lelaki"
Ok kita tingalkan soal itu mai kita cuci mata tgk kasut pilihan wanita...















Kalau orang yang berbadan besar, memang tak digalakkan untuk pakai kasut kat atas, eloklah ambik kaut yang tumit tinggi tapi rata..... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...