10 Ogos 2011

Resepi Bihun Sup

Bahan2 hiasan
1/3 pakej bihun direndam bersama dengan serbuk kunyit kemudian dicelur
Tauge dicelur
Daun bawang +daun sup
Bawang merah mayang dan kemudian goreng garing
Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian blender, jgn hancur sangat
Sambal ( ambik sup kemudian masakkan dengan serbuk cabai, masak bagi pekat)
kentang (masak dalam kuah sup dan kemudian hiris)


Untuk kuah
Tulang lembu + daging
1 paket rempah sup tulang bunjut adabi
1 inci halia
3 ulasbawang putih
4 ulas bawang merah
2 batang serai
3 biji cili padi diketuk
2 sudu air asam limau
garam

Cara buat

  1. Rebus tulang+ daging sehingga empuk, kemudian masukkan ubi kentang.
  2. Kemudian masukkan bahan2 yang terdapat dalam rempah bunjut sup tulang satu persatu.
  3. Selepas itu, masukkan serai, dan biarkan kejap, kemudian halia, bwang putih, bawang merah,cabai, kemudian biar betul2 masak.
  4. kemudian masukkan air asam limau dan kacau. Biarkan beberapa minit kemudian hidang dengan bahan2 hiasan diatas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...