02 Mac 2011

NOVEL AKULAH CINDERELLA

‎(DIALOG MENARIK) AKULAH CINDERELLA - Nozi Danisya

"Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa dah ni?"

"Yang kau tu berenang malam-malam ni kenapa? Tak elok tahu tak? Nanti kena asma ke, paru-paru berair ke, baru tahu."

"Sayang juga kau kat aku ya, Syah?"
Dia sudah tersenyum lebar. Orang serius dia main-main pulak.

"Tak ada maknanya sayang. Aku nasihat aja, kalau kau tak nak ikut sudah. Peduli apa aku! Yang sakit nanti kau jugak."
Dia tergelak.

"Amboi, lain macam aja bunyinya tu, marah ke?"

"Tak, geram!"
Shafiq tergelak lagi.

"Kau geram kat aku? Hmm, geram macam mana tu?"

Lelaki itu tersenyum nakal.

"Kau ni!"
Aku menjelingnya.

"Okeylah, apa yang tak kena ni? Sampai cari aku kat sini?"

"Mana ada aku cari kau, aku saja nak tengok kau berenang."

"Tipu! Sebelum ni kalau aku swimming malam-malam, kau tak datang pun tengok aku."

"Aku tengoklah."

"Bila? Tak nampak pun?"

"Dari atas."
Shafiq tergelak besar. Alamak! Kantoi pulak.

"Maknanya, selama ini kau mengintai akulah?"
Mukaku membahang.

"Mana ada!"

"Ya ke tak ada?"
Lelaki itu tersenyum nakal lagi sambil mengangkat kening.

"Taklah. Kadang-kadang aja tertengok."

"Yalah tu."
Shafiq masih bersama sisa tawanya. Membuat aku sebal sekali. Cukup-cukuplah ketawakan aku.

"Kalau kau nak gelak, gelaklah sorang-sorang. Aku naik dulu."
Pantas saja tangannya menyambar tanganku. Membuat aku tersentak dan berpaling ke arahnya.

"Sorry, duduklah."
Aku membuang pandang. Tangan ku cuba tarik tetapi tidak berjaya.

"Please sayang..,"
Aku menghela nafas panjang. Apalah hatiku ini. Mudah sangat cair bila mendengar ungkapan sayang itu. Aku akur dan duduk semula. Shafiq tersenyum manis.

------------------------------------------------------------



SINOPSIS :

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia ...telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"

"Apa dia? Aku buat apa?"

"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Judul : Akulah Cinderella
Penulis : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 18
Sabah/Sarawak : RM 21



PETIKAN DARI WEB (KLIK SINI)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...