22 Mac 2011

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KULIT BAGI REMAJA

Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah

  1. Membersihkan kulit dengan.
  • Mandi 1 ke 2 sehari, lebih lagi sekiranya amda berpeluh dengan banyak
  • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  • Pengunaaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
  • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
  • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

    2.  Gunakan pelembap selepas mandi
  • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi(baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
  • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap

    3.  Gunakan toner
  • Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya

    4.  Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata
  • Ia boleh mengurangkan keradang pada kulit mata yang nipis dan sensitif

   5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
  • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hungga 3 jam selepas berenang.

   6. Bersenam
  • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit Ia juga mengekalkan kesihatan kulit

    8.  Amalkan memakan makanan
  • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
  • Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin

    9.  Tidak Merokok
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
  • Boleh menyebabkan kanser

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...