- Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan dan menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.
- Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang
- Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan mengfunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.
- Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari
- Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanaan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat
- Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan car penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupunn dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.
- Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam
- Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercengkerang yang tidak cukup masak
29 April 2010
Tip-tip Pencegahan Keracunan Makanan di Rumah
Posted by azie at 3:42 PTG 0 comments
Labels: v - metro
Bekalan makanan ayam musim Hujan
Posted by azie at 9:54 PG 3 comments
Labels: ii - Petua
26 April 2010
Bihun Goreng Sepulau
Bahan-bahan
1/2 paket bihun
5 ekor sotong (potong bulat)
1 ketul ayam (potong kecil2)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci lobak merah (potong kecil bentuk dadu)
1 sudu lada hitam (kisar halus)
1 sudu lada putih
3 sudu sos tiram
daun bawang dan daun sup dihiris halus untuk hiasan
cara
- tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan kemudian masukkan bawang merah,
- selepas itu, masukkan ayam dan lobak merah, masak sehingga separuh masak
- kemudian masukkan sotong,
- kemudian masukkan bihun, sos tiram, garam, lada hitam, lada putih dan kacau sehingga sebati..
- apabila bihun sudah lembut, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang dan boleh dihidang.
Posted by azie at 10:02 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
23 April 2010
Promosi anak tudung Nara
Posted by azie at 9:44 PTG 0 comments
Labels: i - Pengumuman
11 April 2010
Hujung Minggu di Wang Kelian, Perlis
Posted by azie at 10:59 PTG 1 comments
Labels: i - Pengumuman
10 April 2010
Sepetang di Timah Tasoh Resort & Retreat
Posted by azie at 10:27 PTG 3 comments
Labels: i - Pengumuman
09 April 2010
Hari Jumaat.... Seronoknya
- masuk ayam, kunyit, sedikit air, sedikit garam, asam keping kedalam kuali dan masak sehingga kering
- Kemudian masukkan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- kemudian masukkan bawang besar dan lada, masak dalam 2 minit.
- Hidang bersama nasi
- Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan panas
- kemudian masukkan bawang putih dan masak sehingga kekuningan dan masukkan bawang merah, apabila bawang merah agak layu masukkan udang kering
- Selepas itu masukkan kubis bunga dan sawi, garam, gula, sos tiram, air dan gula, kacau sehingga sebati.
- Apabila dah hampir masak masukkan lada hijau dan hidangkan bersama nasi yang panas.
Posted by azie at 9:36 PTG 2 comments
Labels: iii - resepi
08 April 2010
Internet 24 hours....
Selalunya bila nk layar internet ni, aku terpaksa la ke pejabat.... dah la kat pejabat tu nk kena berebut dengan beberapa staff yang lain jgk.. dan bila dah rasa lama kita layar internet kat pejabat perlu la kita bertimbang rasa dengan orang lain...
Oleh kerana rasa 'TAMAK', aku dan hb pun pergi la
Posted by azie at 10:18 PTG 0 comments