31 Mac 2010

Butterfly...

Sejak2 akhir ini minat aku
 terhadap butterfly makin mendalam tapi tak sampai tahap extreme g..
so dapat gaji tu aku beli la sebuah buku...
nipis je
tak tebal pun..
nak beli tebal pun takdan nak baca.
tu pun tak abis g baca..
so aku belek la sepintas la...
bak kata orang kalau dah cinta pun semua BENDA pun
nampak cantik... camla buku tu gak
bila baca buku tu baru aku tahu yang, rama2 akan menari2 dulu sebelum bersama dengan
pasangannya dan kemudian rama2 betina akan membunuh rama2 jantan selepas mereka bersama.
Tapi lepas tu rama2 betina menghasilkan beratus2 telur..
Lepas membaca muka surat tu, aku terfikir?
?
??
???
????
apa la pulak yang kamu semua fikir?


24 Mac 2010

Koktel Jelly


Bahan-bahan
  1. Satu tin susu sejat
  2. Satu cawan gula
  3. 2 sudu tepung kastard
  4. 3 pakej jelly kristal perisa mangga( masak da sejuk mengikut panduan yang ternyata di kotak jelly dan potong dadu)
Cara buat :
  1. Masukan satu tin, gula, dan tepung kastrard ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan.
  2. Masak dengan mendidih dan sejukkan.
  3. Masukkan jelly dan hidangkan bersama ais.
Ps : Untuk bagi sedap g leh buh buah laici, mix fruit dan nata de coco


gambar ni ambik waktu makan kat pejabat...

22 Mac 2010

Makan Petang... (Rojak Buah)

Bila cuti minggu ni la time nak masak..
Bila petang pun rasa nk makan..
Waduh- waduh..
Tengok dalam peti Ais
rasa nak buat yang simple2 je..
duk pk2 so aku rasa nk buat
salad orang Melayu

Bahan-bahan :
1 batang timun (Hiris ikut suka)
1 Biji nanas ( Potong kecil2)
1 Biji sengkuang (potong dadu)
Kacang tanah (kisar kasar)

Cara-Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kemudian gaulkan sampai sebati
..
...
....
.....
so dah siap dan boleh dijamu



Ps: kalu nk cantik, jangan gaul dengan kacang tapi kacang ditabur bila nk dihidang kepada tetamu...
Selamat memcuba...
..
..
..
 Kuah Rojak ni Harga pasaran yang aku beli RM 4.00 dan ia berbaloi dibeli coz tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk



19 Mac 2010

BOMAQ CAFE...

Kalu sebut je BOMAQ CAFE,
suami mesti marah2 kat aku,
KENAPA?
cemburu ker?
...
..
.
Sebab aku pernah perkena dia
..
..
..
..
Dulu seminggu aku bertunang
aku pergi  Bomaq cafe.
Bila sampai sana Oder makan..
lepas tu call dia  cakap yang aku takder duit...
...
...
...
tak sampai 15 minit dia sampai..
dengan
baju yang terbalik
dia datang
marah
marah
marah
coz
takder duit makan kat luar
tapi nasib baik time malam, orang tk perasaan
yang baju yang dia pakai tu terbalik..
Tapi aku tak la ambik hati apa yang dia
cakap coz
aku saja2 nak belanja dia makan...
Sampai sekarang pun kami still ke BOMAQ CAFE,
tapi sekarang bukan berdua tapi bertiga




18 Mac 2010

PERUBAHAN KULIT SEWAKTU HAMIL

Pada dasarnya, kulit mempunyai kemampuan beradaptasi mengikut perubahan itu. Ia dinamakan daya elastik kulit. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil kulit yang terelastik dipaksa mengembang sehimhha ke paras maksimun untuk diselaraskan dengan pertumbuhan janin. Ia membuatkan kulit mengembang dan sememangnya ibu hamil memerlukan perawatan tambahan untuk mengatasinya.
    1. Masalah jerawat
banyak dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon. Masalah jerwat biasanya berlaku pada trimester pertama. pada masa ini produktiviti hormon estrogen semakin meningkat. Oleh itu, bersihkan wajah setiap malam atau sebaik sahaja pulang dari tempat kerja
    2. Garis kehamilan
Ia garisan berwarna coklat yang menggaris secara vertikal bermula dari bahagian pusat
. garis itu terjadi di sepanjang kehamilan. Ia meningkatkan produktiviti melamin. Sebaik sahaja wanita hamil melahirkan,garis kehamilan ini akan berwarna gelap lalu berubah menjadi lebih jelas.
    3. Gatal dan iritasi
Kegatalan dan iritasi berlaku akibat pergeseran kulit selepas berat badan ibu hamil bertambah. Ia dapat dikesan di sekitar bahagian berlipat seperti bawah payudara, perut, paha dan ketiak. Iritasi juga menyebabkan rasa gatal sehingga mengganggu aktiviti ibu hamil.Kegatalan bertambah teruk apabila ibu hamil menggaru kawsan iritasi dan ia boleh menyebabkan berlakunya jangkiatn kuman. Bagi mengurangkan kegatalan, ibu hamil boleh memcuba menyapukan losen pelembap pada kawasan yang bermasalah. Sekiranya masalah tidak berkurangan, segera dapatkan rawatan doktor.
   4.Hiper pigmentasi
Ia juga dinamakna perubahan pigmen dengan lapisan berbeza-beza. Keadaan inilah yang menyebabkan melasma atau topeng kehamilan iaitu lapisan kehitaman timbul di permukaan pipi, dahi, hidung, ketiak, kawasan kemaluan, pha dan bahagian pusar. ia menjadi lebih teruk sekiranya ibu hami sering terdedah kepada cahaya matahri. Maka itu, gunakan krim pelindung untuk mengurangkan masalah hiper pigmen. Secara umumnya, masalah ini kana hilang dengan sendiri selepas setahun bersalin.
   5.Selulit
Masalah selulit muncul di permukaan kulit. Bentuknya seperti gelombang bak kulit limau. Biasanya ia terjadi di sekitar paha, punggung, perut, pinggul, betis, dan lengan. Selulit pada ibu hamil terjadi akibat peningkatan kadar hormon estrogen dan progestron secara mendadak sehingga tubuh menghasilkan ekstrsk lemak yang disimpan untuk melindungi janin.
    6.rekahan
Sretchmark atau rekahan merupakan tanda parut berupa jaluran putih di permukaan kulit. Puncanya disebabkan regangan kulit secara drastik

17 Mac 2010

KURSUS PENDEK (KOLEJ KOMUNITI)

oDisini aku paparkan kursus pendek anjuran JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KOLEJ KOMUNITI ARAU PERLIS

Bulan Mac
26 MAC 2010 - Anyaman Surat Khabar (asas) = RM 30.00
27&28 MAC 2010 - Jahitan Kemeja Lengan Pendek (fasa 1) = RM 60.00
27 MAC 2010 - Penghasilan Kek Cawan dan Hiasan = RM 40.00
27 Mac 2010 - Asas 3D Studio-Max = RM 40.00
27 MAC 2010 - Teknik solekan pengantin = RM 40.00

Bulan April
2 APR 2010 - Anyaman Surat Khabar (lanjutan 1)
5-9 APR 2010 - Masakan Sejukbeku: Roti canai & Murtabak
- Solekan Wajah & kecantikan

19-23 APR 2010 - Masakan Sejukbeku : 6 Jenis Kuih Tradisional
- Solekan wajah & kecantikan
24&25 APR 2010 - Jahitan Langsir (Lanjutan)
24&25 APR 2010 - Jahitan Kemeja Lengan Pendek Lelaki (Fasa 2)
24 APR 2010 - Asas Sketch-Up

Jika Berminat boleh menghubungi : Unit Kursus Pendek, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Tel : 04-9869800 samb. 154/136 Faks 04-9869814/04-9861708

KURSUS PENDEK (sulaman manik)....

Minat punya pasal, semua boleh jadi....
bengkel tersebut berlangsung selama 2 hari...
15 dan 16 mac 2010.
Aku pun tak nak cakap sangat, tapi best la coz walaupun bengkel tu hanya
sulaman manik (asas) tapi
ia amat bermakna dan ilmu tersebut memang berharga bagi orang seperti aku ni..


Bahan/alatan diatas diberikan kepada kami (pinjam je kecuali kain hehe he he)
selai tu nota asas juga diberikan kepada kami..

Lepas tu cikgu pun ajar la kit2 corak yang simple tapi menarik...
kami semua belajar dengan penuh tekun... sehingga rasa masa yang ditetapkan tidak mencukupi










Walaupun bengkel ni hanya kursus sulaman manik(asas) tapi bengkel ni juga dihadiri oleh orang yang berpengalaman dan disini mereka bertukar pendapat dengan cikgu yang mengajar...

Akhir sesi kursus ni, kami diberikan sijil....


hayooooooo... dapat juga sijil....

aLAHAI KENDURI KAHWIN......

Bila bermulanya cuti sekolah, maka banyak la undangan kenduri kahwin...
yang jauh dan yang dekat pun lagi la banyak jemputan..
yang jauh tu minta maaf la memang dah tak pergi la kok..
yang dekat, Insyaallah, kalau diizinkan Allah Swt.. sampai la
Minggu lepas aku ada pergi satu majlis kenduri tu, alahai... alhamdullilah, suasana cukup meriah
tapi walaupun makan free, jangan la duk buh nasi dan lauk tu penuh
pinggan dah la nati, ada lak yang mengata..
Bila dah sebut bab mengata ni...
Masa aku duk makan adalaaaah sekumpulan makcik2
yang duk makan duk depan aku bersuara
"daging ni keraskan......."
"Nasi ni lembik la.....
aku makan dengan selera , nak tambah malu he he he
alahai mereka lak duk mengata...
memang tak bersyukur langsung,
dah la makan free
makanan tu dah sedap. nasi pun ok, kalu suka cari silap orang duk kat mana pun
memang akan mengata jgk la...
aku cuma berdoa agar jangan biar adalah perangai tu ada kat aku...













Masa nak dah balik kenduri tu, pihak keluarga tu sedang membuat persiapan untuk makanan pengantin so sempat g la aku tekan butang hanset...


15 Mac 2010

Makanan bayi 1

Jenis makanan bayi

  1. Susu Formula
  2. Bubur Beras @ bubur tepung beras
  3. Bila dah boleh makan makanan pejal boleh ditambah bubur sayur (ubi keledek, labu dan ubi kentang) @ bubur buah (contohnya pisang, apel, atau pear)

Makanan yang perlu dihindari sehingga 6 bulan
  1. Gandum
  2. telur
  3. ikan
  4. Buah-buah masam seperti nanas, jeruk, anggur dll
Makanan yang perlu dihindari
  1. madu (sehingga 1 tahun)
  2. garam
  3. gula
  4. kacang

12 Mac 2010

Tanda-tanda boleh diberi makanan pejal

  1. Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
  2. Boleh duduk dengan baik di kerusi
  3. Boleh melakukan gerakan mengunyah
  4. Berat badan meningkat 2 kali ganda daripada berat ketika lahir
  5. Bayi tertari dengan makanan
  6. Boleh menutup mulut jika disuapkan sudu
  7. Boleh memindahkan makanan dari bahagian mulut belakang
  8. Kelihatan masih lapar walaupun diberi minum susu
  9. Mula tumbuh gigi

08 Mac 2010

Makanan bayi

Aku mula bagi makan anak aku, bila dia berumur 5 bulan, ingatkan tak nak bagi lagi, tapi bila malam dia asyik mintak susu dan kadang2 3 botol yang saiz 4 0z tu memang tak cukup untuk satu malam. Mula-mula ingat nak bagi makan bila dia dah berusia 6 bulan. Tapi bila dah sembang-sembang kat opis, member yang ada anak sebaya pun dah bagi, so bila buat pemeriksaan kanak-kanak ketika anak aku berusia 4 bulan lebih, aku minta nasihat nurse. Mula-mula aku cuma bagi dia makan nestum, alhamdulillah, pengasuh anak lebih banyak pengalaman, anak aku dia bagi ikut time. Kami bagi makan 2 kali sekali. Jam 11 pagi dan 4.30 petang sekali. Kuantiti tu berdasarkan pengalaman  hari2 bersama anak kita.
Bila dah masuk 6 bulan, sekali lagi perhi ke klinik untuk buat pemeriksaan kanak-kanak, alhmadullilah sana, nurse bagi nasihat kat aku agar bagi makan moi/bubur nasi, dia kata nestum sebenar tidak berapa elok untuk diberikan kepada bayi kerana bahan tersebut mengandungi bahan pengawet
so start dari situ aku bagi masak bubur nasi untuk anak
kesayangan aku

Bubur nasi berkentang

Bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang (potong dadu)
1 pohon sayur bayam (hiris halus)

kaedahnya
  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga nasi dah jadi pecah
  2. Blender kan semua bahan ( cukup sekadar 3-4 kali je)


Bubur Nasi bercarot

bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang(potong dadu)
1 inci carot(hiris halus)
1 pohon sayur bayam (hirid halus)

Cara membuat

  1. Masukkan semua bahan tersebut kedalam periuk dan rebuskan sehingga nasi jadi pecah

  2. Blender bahan yang dimasak (tekan sebanyak 3-kali je)

Bubur nasi berkismis

Bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang (potong dadu)
1 pohon daun sup (hiris halus)
5 biji kismis

Cara membuat

  1. Masakan semua bahan dan dan empuk

  2. blenderkan bahan yang dah masak tersebut

Bubur nasi keledek
1 genggam beras
1 biji keledek yang kecil (potong dadu)
1 batang daun sup (hiris halus)

Cara membuat
  1. Rebuskan semua bahan sehingga empuk
  2. blenderkan bahan tersebut agar semua bahan cukup-cukup hancur
Bila usia umur anak aku dah masuk 7 bula aku cuba variasikan masakan aku ni, aku mula masukkan sumber protein dalam semua bubur anak aku, atas nasihat nurse juga bagi buah kat nak aku terutamanya betik, kalu ikutkan pengalaman member kat pejabat dia selalu kukus buah epal atau pisang, lepas tu dia lenyek.dia selalu buat stok untuk seminggu, bila anak dah nak masuk usia 6 bulan ni memang selera makan bayi akan bertambah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...