18 Januari 2010

Makan bersama....

Dah lama sungguh, atau aku boleh katakan terlalu jarang untuk semua golongan wanita di pejabat dapat keluar makan bersama kerana sibuk dan mempunyai komitmen masing-masing. Setengah-tengah ada yang keluar dengan suami, atau anak-anak. dan pada minggu lepas kami berpakat untuk makan bersama di kedai.. tanpa kehadiran golongan adam.tapi golongan wanita di pejabat kami boleh dibilang dengan jari kerana majoritinya adalah lelaki... Tapi kami order tak banyak... sekadar ala kadar je


claypot tafu......



 Ni pertama aku makan tafu, isinya lembut, sebelum ni aku tak pernah beli kat kedai, apatah nak masak kat rumah, kadang-kadang keluar makan dengan member ni ada untung juga, kerana aku jenis order makanan yang biasa aku makan je, nati boleh la aku promote kat hubby aku.. Entah aku tak tahu la dia makan atau tak?


 

Sayur campur


Sayur campur ni aku tak makan lak, bukan tak suka tapi sayur tu ada kubis, so aku tak makan la... lepas bersalin ni aku nk pantang jap makan kubis...
Entah la tak tahu berapa lama lak... sehingga aku teringgin nak makan la..
umur anak dah 5 bulan tapi banyak benda yang aku tak boleh makan nati "kembang urat" itu kata orang-orang tua. Aku pun tak berani nk makan nati aku takut aku tak boleh bangun je.



ikan siakap 3 rasa

Kalu ikutkan ikan siakap ni masaknya memang sedap tapi agak berbau sedikit maka bayank la andai dari "pakar2' yang menyatakan ni mesti ikan bela. tapi ikan ini kami makan juga almaklumla dah bayar mahal....




tomyam campur, telur goreng



gambar member-member yang sempat aku ambik,
"jong kako = tukang hidang"

Ada lagi makan yang tak sempat aku ambik, antaranya sotong goreng tepung dan lain-lain lagi...
kami makan dengan asyik tanpa mempedulikan orang lain, kalu ada gempa bumi pun mungkin kami asyik lagi duk makan he he he...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...