Semasa di penghujung pantang, aku selalu ke tempat suami aku bekerja (bukan tak caya kat suami), tapi aku selalu jumpa makcik2 yang kerja kat kantin kat sana.... Aku suka kawan dengan mereka kerana orang tua selalunya banyak pengalaman berbanding kita orang muda..... Walaupun agak berumur tapi mereka tidak la terlampau kolot.Satu benda yang mereka ajar adalah dalam pantang kita perlu jaga penampilan diri kita...
jangan jadi macam orang dulu2 (bertampal bedak sejuk dimuka, tidak berdandan)..Mereka berkata tak salah jika
1) Memakai seluar (lagi kemas dan menutup semua badan tapi selepas luka sembuh)
2) Memakai minyak wangi dan losen (jaga kulit)
3) Pakai mekap tapi sekadar saja, jangan bagi muka pucat
4) Makan sayur seperti sawi
5) Makan buah seperti limau (elak sembelit)
6) Makan ayam, ikan dan daging ( sumber tenaga)
Dalam pantang selalunya orang akan
1) Makan ikan haruan kering ( leh order dalam blog kakyongshoppewordpress.com)
2) Tidak minum air terlalu banyak
3) banyakkan makan halia dan lada hitam
4) Tidak makan sayur yang sejuk, menjalar dan berangin (seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta trung)
5) tidak makan buah seperti tebu, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing buluh, durian belanda, mangga, betik, ciku, langdat, tembikai, nangka, cempedak, pisang nangnka, manggis, macang, kuinin, binjai
6) tidak makan makanan berminyak ( biasanya makan hanya dipbakar, setengah2nya percaya yang minyak boleh menyebabkan "batu mareian" berada dalam keaadaan tidak betul
bersambung....
25 November 2009
Pantang dan Orang-Orang Tua
Posted by azie at 5:18 PTG 0 comments
Labels: i - Pengumuman
BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
3 ketul ubi kentang
1/4 daging ayam (cincang)
daun bawang dan daun sup (dicincang)
5 ulas bawang merah (dicincang)
lada sulah ( secukup rasa)
garam (secukup rasa)
1 biji telur (dipukul)
Cara-cara:
1) Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong dan digoreng sehingga kekuningan (pastikan potongan itu tidak terlalu tebal)
2) Ubi kentang tersebut ditumbuk sehingga halus
3) Masukkan semua bahan yang dicincang dalam aduan ubi kentang, bersama-sama garam, lada sulah dan adunan tersebut digaul sehingga sebati.
4) kemudian adunan tersebut dikepalkan dan dileperkan
5) Akhir sekali celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.
Posted by azie at 4:34 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
24 November 2009
Petua untuk mendapatkan periuk besi kelihatan sentiasa baru
Semasa kenduri kat kampung, aku pernah tengok makcik2 yang buat kerja duk kalut mintak sabun mandi ( ek nak mandi ke makcik2 ni?, kalu nk mandi balik rumah la....., tk yah mandi rumah org), tapi rupa-rupanya nak basuh periuk.... Hasilnya periuk tu memang bersih dan berkilat
Posted by azie at 2:47 PTG 2 comments
Labels: ii - Petua
20 November 2009
/resepi: sotong sumbat/
SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan:
1 ketul daging ayam (cincang)
6 ekor sotong (saiz sederhana)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji cili kecil (hiris kecil-kecil)
daun bawang dan daun sup (hiris kecil-kecil)
gula
garam
perisa
lidi
Cara membuat:
- Gaulkan daging ayam bersama dengan bawang merah, bawang putih, cili, daun bawang sup dan daun bawang, gula, garam bersama perisa (jika perlu) sehingga sebati.
- Sumbatkan bahan yang digaulkan ke dalam sotong
- Cantumkan semula kepala dan badan sotong dengan mengunakan lidi
- Panaskan minyak dan masukkan sotong tersebut.
- Masak sotong dengan api yang sederhana dan masak sehingga sotong bertukar kekuningan
- Hidangkan masakan bersama nasi putih.
Nota Dapur: Sajian ini juga boleh dijadikan sajian minum petang. Sangat sedap jika dicecah dgn sos bersama mayonis.
Posted by azie at 11:26 PG 0 comments
Labels: iii - resepi
12 November 2009
/petua di dapur/
Posted by azie at 3:39 PTG 0 comments
Labels: ii - Petua
03 November 2009
/salam perkenalan/
Assalamualaikum,
Posted by azie at 1:15 PTG 0 comments
Labels: i - Pengumuman